بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

"بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menciptakan langit dan juga bumi, tuhan yang melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta yang memberikan rezki, memberikan keredhaan dan yang menjadikan segala rupa makhluk.

Pages

Thursday, May 19, 2011

Sang pengembala kambing dan mubaligh kristian



Pada hari ini mutiara iman ingin bercerita, cerita ini amatlah menarik dan mempunyai pengajarannya yang tersendiri, terasa begitu teringin bercerita,..

Terdapat sebuah kampung yang terdapat didalamnya ramai para ulama’ iaitu mereka yang memiliki ilmu dan terpelajar. Kampung ini hanyalah sebuah kampung yang kecil dan kehidupannya seperti biasa sahaja.

Bermulanya kisah apabila terdapat seorang mubaligh kristian ini yang mengetahui sebuah kampung yang mepunyai ramai ulama’, dan mubaligh ini ingin mencabar para ulama’ yang berada didalam kampung itu untuk berdebat dengannya. Bermulalah apabila mubaligh ini mula memasuki kampung tersebut. Bermulalah dia mencabar penduduk disitu untuk bersemuka dan berdebat dengannya. Mubaligh itu memberikan tempoh selama 3 hari untuk mereka tampil menerima cabarannya itu.

Pada hari yang pertama, tiada seorang pun ulama yang berada dalam kampung tersebut tampil menerima cabaran itu. Mubaligh itu menunggu lagi pada hari kedua, namun tiada lagi yangtampil menerima cabaran tersebut.

Pada hari yang terakhir mubaligh itu menunggu, namun tiada juga yang berani tampil sehinggalah terdapat seorang tampil dan berani untuk menyahut cabaran mubaligh itu. Bila ditanya siapakah lelaki yang berani menyahut cabarannya itu, lelaki itu menjawab dia hanyalah seorang pengembala. Apabila telah ada yang menyahut cabaran mubaligh itu, perdebatan akan berlangsung pada keesokan harinya.



Pada keesokan harinya, kesemua penduduk dan juga para penyokong mubaligh tersebut berkumpul di sebuah dewan, untuk memulakan perdebatan tersebut. Maka apabila kesemua mereka telah berada di tempat masing-masing, perdebatan pun dimulakan.

Soalan pertama dimulakan oleh mubaligh tersebut. Soalan itu bukanlah berbentuk perkataan, akan tetapi mubaligh kristian itu menunjukkan satu jari kepada pengembala kambing tersebut. Dengan pantasnya pengembala tersebut membalas dengan mengangkat dua jarinya.

Tindakan kdua mubaligh tersebut pula ialah dengan menunjukkan kelima-lima jari tangan kanannya. Pengembala itu dengan senyuman membalas dengan menunjukkan enam jarinya terbuka. Para penonton yang berada disekeliling berasa amat hairan dan terpegun.

Dan untuk akhirnya mubaligh itu mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk membuat isyarat bulatan. Dan secara terus pengembala itu mengangkat tangannya yang digenggam bersama ekspresi muka yang marah. Dan seterusnya mubaligh tersebut mengaku kalah dan perdebatan itu tamat disitu.

Selepas itu, beberapa penonton pergi ke mubaligh itu untuk bertanya. “apakah yang persoalkan tadi wahai mubaligh?, soal seorang penonton.

Mubaligh itu menjawab,”aku mengangkat satu jariku, aku berkata islam hanya perlu pegang dengan satu perkara sahaja, iaitu rukun islam”, mubaligh itu menyambung,”akan tetapi pengembala itu menjawab tidak dengan mengatakan ada dua perkara yang perlu dipegang ianya adalah rukun islam dan rukun iman.”

Seterusnya “aku menyambung hanya ada 5 perkara sahaja yang perlu umat islam percaya dan lakukan, akan tetapi pengembala itu membalas, ada lagi enam perkara yang umat islam perlu percaya.” Sambung mubaligh tersebut.

Untuk yang terakhirnya, mubaligh tersebut menyambung,”aku berkata aku akan merosakkan semua umat islam dengan menunjukkan kedu tanganku, akan tetapi pengembara itu menjawab akan menentang aku bermati-matian dan akan mempertahankan umat islam. Dan akhirnya aku menyerah kalah apabila dia akan menentang aku.”

Beberapa orang juga pergi kepada pengembala tersebut dan bertanyakan apakah yang dilakukan oleh beliau tadi. Dengan itu pengembala itu menjawab, “ape yang aku ketahui, mubaligh tersebut menunjukkan jari untuk meminta seekor kambing dariku, jadi aku menjawab, akamu ambil dua pun taka apa. Dan dia bertanya lagi kalau dia ambil lima ekor, aku jawab enam ekor aku boleh beri.”

Tambahnya lagi.”dan yang terakhir dia mahu ambil kesemua kambingku, aku tidak benarkan kalau dia ambil kesemua kambingku aku nak makan apa?” itulah jawapan yang diberikan oleh pengembala itu. Dan beberapa yang bertanya itu terpegun dan teruja…

begitulah ceritanya, iktibar yang kita boleh ambil ialah ramainya orang yang berilmu namun tidak berani tampil memberikan kebenaran, dan disini menunjukkan bahawa islam boleh menang oleh sesiapa pun. apabila kita berani menyahut cabaran dan berada dijalan Allah yang benar, hatinya akan dituntun oleh Allah, perbuatannya dibantu oleh Allah. Saudara yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita, balaslah cintanya dengan kita melakukan perintahnya...

sekian.......

No comments:

Post a Comment

ALLAH SURUH MENCARI REZEKI

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman dalam soal rezeki:
" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam:
" Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a)
Allah dalam hadis Qudsi diatas berfirman kepada para malaikat-Nya yang diserahi untuk memberi rezeki anak-anak adam sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan yang di emban oleh para malaikat itu itu :

Hamba- Ku yang manapun baik lelaki mahupun perempuan, yang kalian dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidup hanya satu sahaja iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga amal perbuatannya, solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya, semata-mata kerana Aku, maka jaminlah rezekinya orang itu secara pasti, rezeki yang ada di langit dan dibumi. Bukanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.
Di tangan Allah-lah, tanggungan rezeki semua hamba-Nya ( manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau makhluk yang lainnya) yang hidup di langit dan di bumi. Allah-lah yang menanggung rezeki semua hambanya. Dan Dialah pula yang menentukan-Nya ( ada yang diberi banyak, sederhana dan yang sedikit), hal itu bergantung kepada kehendak Allah. Perhatikanlah firman Allah dibawah ini:
Surah Al-Ankabut ayat 60
"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Ankabut ayat 62
" Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Saba' ayat 24
" Katakanlah, " Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah, dan (apakah) sesungguhnya kami atau kamu di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata."
Surah Faathir ayat 3
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka betapa kamu bisa dipalingkan?"
Manusia mesti berusaha mencari rezeki
Sekalipun urusan rezeki itu di tangan Allah. Allah-lah yang mengaturkanya: namun kita sebagai hamba Allah diwajibkan untuk berusaha untuk mencarinya, dangan cara berdagang, bernelayan, bercucuk tanam, berkerja dan sebagainya. Kita tidak boleh berpangku tangan tanpa berusaha hanya mengharapkan kurniaan Allah ( turunnya rezeki ) dari langit.
Sesudah kita melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar dalam mencari rezeki ( kurnia Allah ) yang di gelar di muka bumi, maka hendaklah kita hendaklah berdoa, berzikir (sebagai amalan batiniah ) kehadrat Allah swt, agar kita dikurniakan oleh-Nya rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang dapat mengantarkan amal ibadat kita. Insya Allah.

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Amalkan surah :

Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27
amalkan juga Asma'ul Husna

Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan

Nak tambah sikit....

"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku

dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"