Ini bukanlah sebuah cerita sekadar cereka, dan juga bukanlah sebuah novel yang hanya sebuah karangan semata, juga bukan hikayat, filem atau drama. Ini adalah sebuah realiti, kisah cinta yang hakiki dan terindah yang telah dibuktikan oleh nabi Muhammad. Ada kita mendengar kisah cerita antara laila majnun, dan yang lain2, akan tetapi ini bukannya sebuah dongeng, ini adalah hikmah dan juga tauladan serta telunjuk bagaimana untuk mendapatkan sebuah cinta yang hakiki, dan juga cinta yang sebenar. Bukan sekadar didunia, malah hingga membawa kesyurga.
Episode pertama Kisah ini bermula dari sebuah mimpi. Hadith yang diriwayatkan dari imam muslim daripada aishah r.anha, dia bercerita tentang sabda nabi Muhammad kepada dirinya;
“Rasulullah berkata:” sebelum aku menikahimu wahai Aishah, aku bermimpi melihatmu 3 kali, malaikat membawamu dengan tandu yang ditutupi dengan kain sutera, lalu malaikat itu berkata,’wahai Muhammad, ini adalah isterimu’ lalu aku membuka tabir yang diperbuat dari sutera tersebut, memang benar dia adalah dirimu.” (riwayat muslim)..
Diperlihatkan kepada rasulullah akan kekasihnya dalam tidur rasulullah tiga malam berturut-turut, dan ini adalah sebuah tanda dan khabar berita gembira bahawa rasulullah akan bernikah dengan aishah. Lalu Rasulullah berkata;
“aku berkata pada diriku,” jika mimpi ini berasal daripada Allah, Dia akan menjadikannya” kata rasulullah kepada aishah.
Inilah dia permulaan sebuah cinta, yang munculnya dari sebuah mimpi yang baik, yang datang dari Allah.
vvv
No comments:
Post a Comment