Apabila rasulullah mengetahui bahawa Aishah akan dicalonkan dengan beliau, beliau teringat akan mimpi sebelum itu yang dilihat oleh beliau. Kemudian beliau berkenan untuk bernikah dengan Aishah, dan juga beliau menikahi Saudah, akan tetapi Saudah lebih awal berbanding Aishah.
Rasulullah memerintahkan Khaulah untuk datang kepada keluarga Aishah. Rasulullah menjadikan Khaulah sebagai perantara antara beliau dan juga keluarga Aishah r.anha.
Maka pergilah Khaulah menemui keluarga Aishah. Orang pertama yang Khaulah temui ialah Ummu Rumman, ibu kepada Aishah. Dating Khaulah kepada Ummu Rumman lalu berkata, “wahai Ummu Rumman, tahukah engkau kebaikan dan barakah yang diberikan Allah kepada engkau.”.
Ummu Rumman kehairanan, dan bertanya kepada Khaulah, “Apakah yang engkau maksudkan akan kebaikan dan barakah itu?”. Dan Khaulah pun memulakan cerita, “Rasulullah ingin meminang Aishah.” Sedangkan khaulah yang mencalonkan Aishah.
“sebentar sebentar, Abu Bakar akan pulang sebentar lagi.” Balas Ummu Rumman kepada Khaulah. Memang itulah apa yang sebenarnya dinanti.
Abu bakar pun pulang, kemudian Khaulah pun bercerita kepada Abu Bakar berkenaan hasrat Rasulullah yang ingin meminang putrinya Aishah. Dan kemudian Abu Bakar pun bertanya dengan hairan, “adakah boleh Aishah menjadi isterinya, sedangkan Aishah itu adalah anak saudaranya?”. Ini adalah disebabkan Abu Bakar menganggap Rasulullah itu sebagai saudaranya, kerana rapatnya hubungan persahabatan anatara Rasulullah dan juga Abu Bakar. Abu Bakar hairan adakah boleh Aishah menjadi isteri kepada saudara sendiri.
Akhirnya Khaulah pun pulang kembali berjumpa kepada Rasulullah dan memberitahu apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar Assiddiq. Dan Rasulullah menjawab, “aku saudaranya, dan dia adalah saudaraku, akan tetapi anaknya boleh bernikah denganku.” Ini adalah kerana beliau adalah saudara seislam, bukan saudara kandung. Lalu Khaulah pun kembali kepada Abu Bakar, dan mengatakan kembali akan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah itu tadi.
Kemudian Abu Bakar meminta Khaulah untuk tungu sebentar ataupun diberi waktu, kerana rupanya pada waktu sebelum itu Abu Bakar telah membuat janji dengan Mut’im bin Adi. Mut’im ibn Adi mempunyai anak lelaki, dan pernah menjanjikan kepada Aishah akan menikahkan anaknya dengan anaknya. Ini adalah penghalang pertama dalam percintaan Rasulullah dan Aishah.
vvv
click dibawah untuk baca lagi
No comments:
Post a Comment