![]() |
gambar hiasan |
Rasulullah s,a,w dan Aishah datang ke madinah, ketika itu Aishah sakit selama sebulan, rambut Aishah banyak yang gugur. Dan kemudiannya Aishah sembuh dan rambutnya kembali tumbuh.
Ummu Rumman datang kepada Aishah lalu memanggilnya, ketika itu Aishah sedang bermain dengan sahabat wanitanya. Aishah pun datang menemui ibunya dan ibunya menyambar tangan Aishah lalu membawa dengan Aishah tergesa-gesa terus ke hadapan pintu rumahnya, dengan keadaan Aishah tidak tahu apa-apapun.setibanya di pintu rumahnya, Aishah tercungap-cungap sehingga seakan-akan nafasnya hilang, Aishah juga berdebar-debar. Lalu ibunya memasukkan kedalam rumah, wanita-wanita ansar telah berkumpul didalam rumah Aishah, dan mereka menyambut Aishah dengan gembira sambil berkata;
“semoga engkau berada diatas kebaikan dan barakah, dan semoga engkau berada diatas sebaik-baik ketaatan.” Wanita ansar.
![]() |
sekadar hiasan |
Ummu Rumman menyerahkan Aishah kepada wanita-wanita ansar tadi untuk dihias, mereka membasuh rambut Aishah kemudian menghiasnya untuk Rasulullah. Aishah tidak bertemu dengan Rasulullah dan tidak mengetahui sehinggalah selepas waktu dhuha, mereka menghantar Aishah kepada Rasulullah selepas waktu dhuha.
Lembaran ini, adalah dari kisah cinta Rasulullah iaitu persiapan hari pernikahan Rasulullah, rasulullah menikahi Aishah ketika Aishah berumur 6 ataupun 7 tahun dan ketika itu berada di Mekah, akan tetapi tinggal serumah dengannya pada umur Aishah 9 tahun.
kisah selepasnya:
No comments:
Post a Comment