Ramai orang bercerita nak kahwin, haha.. ada juga yang nak tau ape ciri-ciri yang sepatutnya nak dipilih bagi seorang lelaki... dah ready....??
setiap wanita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mestila ramai lelaki nakkan wanita yang ada kelebihan. Rasulullah pernah memberikan kata panduan kepada kita dalam memilih ciri kelebihan yang terbaek untuk dijadikan isteri. hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a;
bermaksud; wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana harta (kekayaan)nya, keturunannya, kecantikannya dan keelokan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung"
(riwayat al-bukhari, no.5090)
Hadith tadi menerangkan bahawa keagamaan merupakan ciri paling utama yang perlu dinilai dalam memilih calon isteri. Manakala ciri kekayaan, keturunan, dan kecantikan hanyalah ciri alternatif yang boleh diambil kira. Namun apabila ia bergabung atau bertembung dengan ciri keagamaan, maka ciri keagamaanlah yang perlu diambil kira.
Seterusnya Rasulullah SAW juga ada memberi panduan supaya memilih isteri yang bersifat penyayang dan daripada keturunan yang mempunyai ramai zuriat. ini menunjukkan keturunan yang baik serta kecenderungan rasa kasih sayangadalah sifat yang amat penting untuk dinilai. ini dijelaskan beberapa hadith riwayat sahih diriwayatkan Abu Daud, Al-Baihaqi, Ibn Hibban dan al-Hakim.
maksud hadith tersebut ialah; seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, "Wahai Rasulullah! sesungguhnya aku menyukai seorang wanita yang berketurunan baik, mempunyai kedudukan dan berharta, akan tetapi dia tidak boleh beranak. adakah boleh aku menikahinya?" Maka Rasulullah melarangnya. kemudian lelaki itu datang untuk kali ke-2 dan bertanyakan soalan yang sama. lalu Rasulullah tetap melarangnya. kemudian dia datang untuk kali ke-3 dengan soalan yang sama. Lalu Rasulullah bersabda: "Kahwinilah wanita yang penyayang dan mampu melahirkan anak yang ramai kerana aku amat berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat."
(riwayat al-Hakim, almustadrak, no 2685)
sekian,.. pilihlah wanita kerana agamanya dan kebaikan akhlaknya... untuk wanita sentiasa tanamkan sifat malu pada diri dan jagalah akhlak supaya diredhai.... :)
No comments:
Post a Comment