بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

"بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menciptakan langit dan juga bumi, tuhan yang melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta yang memberikan rezki, memberikan keredhaan dan yang menjadikan segala rupa makhluk.

Pages

Sunday, October 30, 2011

Atlantis pulau seorang penyelamat

Kajian demi kajian dilakukan, usaha mencarinya pun giat diusahakan, disebabkan pulau Atlantis dikatakan penuh dengan teknologi, penuh dengan kemajuan yang begitu pesat, dan memiliki peralatan yang begitu canggih sehingga tiada kota yang secanggih kota Atlantis. kehilangan pulau tersebut terus menjadi taanda tanya dan juga soalan demi soalan terpapar.

"Benarkah pulau Atlantis ini Wujud??"


tentu benar anda tertanya-tanya, dimanakah pulau ini tersembunyi,.. dan bagaimanakah cerita berkenaan pulau ini wujud,..

Apabila anda mengetahui kebenarannya, pasti fikiran anda tidak terjangkau akan kebenarannya, kerana minda kita sering dimomok-momokkan oleh kisah dongeng,

sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam

"Ertinya : Sesungguhnya sesudah mu nanti akan ada kaum yang mendustakan hukuman rajam, Dajjal, syafa 'at, adzab kubur, dan kaum yang dikeluarkan dari neraka setelah mereka disiksa di dalamnya." [Musnad Ahmad 1: 223 dengan tahqiq Ahmad Syakir. Beliau berkata, "Isnadnya shahih."]

Apa pula reaksi anda apabila hadith ini dikemukakan?.. semakin pelikkah..
ya.. kerana cerita ini begitu rahsia dan perlu penelitian yang lebih untuk mengungkap cerita ini bahawasanya pulau ini diduduki oleh seorang yang gilakan ilmu, dan bermula hidupnya belajar dan menjelajah seluruh dunia bermula dari pulau ini.

Pulau ini telah tenggelam dan hilang setelah Dia dibebaskan dari pulau ini, dan beliau berjanji tidak akan pulang ke pulau ini. Namun, inilah pulau dimana dia telah mula hidup dan belajar, maka terciptalah PULAU ATLANTIS supaya menjadi ingatan setiap manusia, dan menjadikan pulau yang diingati..

siapakah orang yang dimaksudkan itu,.. mungkin dari cerita diatas anda telah dapat mengagak, dan ada juga yang masih tertanya-tanya.. mungkin saya tak dapat nak menghuraikannya disini.. insya-Allah akan diterangkan disiri yang akan datang...

Insya-Allah...

adakah disini..??

Wednesday, October 26, 2011

jalan bahgia

Dunia, tempat yg indah,..
namun dalam keindahan itu, dipenuhi pelbagai corak rintangan,
cabaran serta godaan,. 
ada yang terhanyut, ada yang masih berenang,
dan ada yang sedang berjalan didasar...

Dunia, adalah jalan yang bercabang,
terdapat pilihan, sama ada kehendak, 
keperluan ataupun ketaatan,
menjadi rentas untuk memiliki takhta yang indah..

Dunia, keindahannya sebuah khayalan,
namun,
khayalan itu bukanlah satu musibah,
akan tetapi, 
khayalan itulah pengindah kebahagiaan...

wahai sahabatku,
janganlah kau mengalah,
dengan apa yg kau kejarkan,
sebuah kehidupan yang kekal,
mencari sinar dalam khayalan....

Rona Dunia,
menjadi lumrah sebuah perjalanan,
tiada terduga duri yg bertaburan,
jangan pula kau berpatah kembali,
ke arah jalan yang penuh dengan khayalan..

Dunia,
penghujungnya adalah Mati,
MATI, titian menuju abadi,
Andai Allah disisi,
hidupmu yang sebenar,
dipenuhi Bidadari... 

Saturday, August 20, 2011

EVOLUSI TERKINI DALAM TEKNOLOGI PEMANIS!

Pemanis untuk pengidap KENCING MANIS! ONE DROP SWEETENER, hanya titiskan 1 titik utk 1 cawan. O kolesterol, O kalori! Pemanis 100% semulajadi yang PERTAMA di dunia. Tiada bahan pengawet & tiada kesan sampingan. Pengiktirafan : kelulusan (18) KKM-163/S/25 Jld 136. Diiktiraf : FDA, Health & Welfare Canada, FSANZ, Canadian Diabetes Association, EFSA & WHO. Pengganti gula diperbuat dari pati tebu asli TANPA sebarang bahan chemical. Menggunakan NANO-TEKNOLOGI. Sesuai utk seisi keluarga. Anda boleh dapatkan produk dari saya atau ingin menjadi PENGEDAR! PRODUK YANG BAKAL MELETOP DI PASARAN! Jom! Didik keluarga kita KURANG MANIS & TIDAK LAGI GUNAKAN GULA BAHAN CHEMICAL!



Monday, June 20, 2011

sebuah perjalan menuju kejayaan....

perjalan bermula demi kearah kejayaan...
kearah suatu hasrat hati yang murni,
~~~
aku berusaha beserta memohon daripada Mu ya Allah,
dengan memohon keredhaanMu,
suatu hari pasti akan tercapai dengan ketentuanMu..
~~~~~
ya ALLAH
terangkanlah hati, dan bukalah hati ini, menerima ujianMu..
tunjukkanlah jalan sekiranya ia hilang 
atau telah beralih dari jalan yg benar..
kuatkan hati demi menerima ujian yg bakal ditempuh..
~~~
kembalikanlah semangatku andai hilang atau memudar.
ya ALLAH..
terimalah aku menerima ujianMU 
dan terimaku sebagai hambaMu...
ya ALLAH
~~~~
demi ketentuan yang menguji,.. cekalkanlah hasrat hati ini..
semoga ujianmu menjadi sebuah kemanisan yang dicari...
mengajar diri ini akan nikmatmu yang besar...
ya~~ ALLAH
~~~~~~~~~~~
ya-ALLAH cekalkanlah hati ini...
semoga insan ini menjadi hambaMu yang bersyukur..
jadikanlah rakanku adalah sahabat yang membina dan bersama-samaku dalam meneruskan perjuangan ini..
hasrat ini umpama suatu yang mustahil akan kemampuan manusia ..
namun hanya Engkau yang mengetahuinya...


Tuesday, June 14, 2011

menanggalkan pakaian..



Syaitan menggoda wanita untuk menanggalkan pakaiannya serta menelanjangkan adalah melalui diri wanita al-ammarah bissu'. Ia dilakukan dengan langkah-langkah tersembunyi, berperingkat tanpa disedariolh wanita yang ianya datang dari syaitan. sedangkan wanita menyangka datng dari perancangan, rekaan dan pilihannya sebdiri. Allah telah mengingatkan;

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamudiperdayakan oleh syaitansebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibi bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berduauntuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelumnya tertutup)."
(Al-a'raf; 27)

tapi masih ramai wanita tak seda akan perkara ini dan terus menuruti langkah-langkah yang diperintahkan Syaitan daripada kekejian dan kemungkaran, mengikuti penolong-penolong Syaitan daripada manusia iaitu, pemilik kedai-kedai pakaian dan pereka-pereka fesyen daripada Yahudi dan Nasrani menjadikan dirinya golongan yang kedua ahli neraka yang belum pernah dilihat oleh nabi Muhammad SAW. sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

"ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, satu kaum yang memiliki cambuk-cambuk seperti ekor2 lembu digunakan untuk mencambuk manusia dan wanita2 kaasiyaat 'aariyaat, mumiilaat maailaat, kepala2 mereka besar bagai punuk unta, mereka tak akan masuk syurga dan tak akan mencium baunya dan sesungguhnya bau syurga dapat dicium dari jarak begini dan begini."
(Riwayat Muslim)

Semua itu kerana syaitan telah mendatangi wanita daripad pintu yang disenangi dirinya iaitu kegemaran berhias dan mencantikkan diri untuk memfitnah kaum lelaki dan memperdaya mereka dengan tubuhnya. ini telah diperingatkan Rasulullah s.a.w kepada kita dengan sabdanya bermaksud;

"aku tidak meninggalkan fitnah setelahku yang lebih memudharatkan kaum lelaki daripada wanita."
(diriwayatkan oleh bukhari)

dan seterusnya Rasulullah memerintahkan kita untuk menjauhinya, sabdanya yang bermaksud;

"jauhilah wanita itu, maka sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israil adalah melalui wanita."
(Riwayat Muslim)

sebahagian hukama berkata, wanita adalah keburukkan seluruhnya dan yang lebih buruk apa yang ada pada mereka adalah mereka tidak pernah berasa cukup denagn apa yang dinikmatinya, di samping dia kekurangan akal fikiran dan agama. Dia juga sentiasa menghasut lelaki kepada melakukan perkara2 agama dan menyibukkannya untuk mengejar kepada perkara2 keduniaan, dan itulah perkara kerosakan yang lebih dahsyat.
-Fathul Bari (9/138)

Wednesday, June 8, 2011

Jom kenali karakter YAHUDI dalam al-Quran..

yahudi adalah golongan yang telah wujud sebelum nabi Muhammad lagi.. dan terdapat cerita-cerita berkenaan mereka dalam Al-Quran sendiri.. antara karakter yahudi yang disebutkan adalah;



  1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada nabi Muhammad SAW (Al-Baqarah: 41)
  2. Bangsa yang suka memutar belit akan kebenaran. (Al-Baarah: 42)
  3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48)
  4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja Mesir. (Al-Baqarah: 49)
  5. Bangsa yang menyembeh berhaka ddi tengah--tengah bimbingan nabinya (Al-Baqarah: 51)
  6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri beramai-ramai. (Al-Baqarah: 54)
  7. Bangs pertama yang mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme.. (Al-Baqarah: 55-56)
  8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah-tengah nikmat Allah. (Al-Baqrah: 57)
  9. Bangsa yang paling cerewet dengan nabinya. (Al-Baqarah 61)
  10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65)
  11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah nabi. (Albaqarah: 67-71)
  12. Bangsa yang paling kearas menolak kebenaran Illahi. (Al-Baqarah: 74)
  13. Bangsa yang tak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para nabi. (Al-baqarah: 75)
  14. Bangsa yang suka mengatur tipu daya ditengah-tengah masyarakat. (Al-Baqarah: 76)
  15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah.: (Al-baqarah: 79)
  16. Bangsa yang beranggapan tidak akan disentuh api neraka kecuali sebentar. (Al-Baqarah: 80-81)
  17. Bangsa yang paling sikit orang-orang baiknya. (Al-Baqarah: 83)
  18. Bangsa yang paling mudah bermusuhan dengan sesamanya. (Al-Baqarah; 84-85)
  19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan ekniknya. (Al-Baqarah; 91)
  20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah; 96)
  21. Bangsa yang paling benci malaikat jibril dan malaikat yang lain. (Al-Baqarah; 97-98)
  22. Bangsa yang suka sekali memungkiri perjanjian. (Al-Baqarah; 100)
  23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat. (Al-Baqarah; 102)
  24. Bangsa yang paling dengki kepada nabi Muhammad dan umatnya. (Al-Baqarah; 105)
  25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat islam. (Al-Baqarah; 109-110)
  26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama nasrani. (Al-Baqarah; 113)
  27. Bangsa yang pertama sekali menyatakan Allah berputera. (Al-Baqarah; 116)
  28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama. (Al-Baqarah; 180)
  29. Bangsa yang membenci agama nabi Ibrahim. (Al-Baqarah; 130-133)
  30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah; 175)
  31. Bangsa yang tak tahu malu mengaku mengetahui segalanya. (Al-Baqarah; 139-140)
  32. Bangsa yang menganggap dirinya paling pandai. (Al-baqarah; 142)
  33. Bangsa yang hanya ikut suka hati. (Al-Baqarah; 143)
  34. Bangsa yang palin mengenal ciri nabi Muhammad, tap mengingkarinya. (Al-Baqarah; 146)
  35. Bangsa yang dikutuk oleh Allah kerana merahsiakan kebenaran. (Al-Baqarah; 159)
  36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya. (Al-Baqarah; 170)
  37. Bangsa yang dagang dan Riba' sama je. (Al-Baqarah; 275)
  38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat dusta. (Ali-Imran; 23-24)
  39. Bangsa yang dilarang bagi Muslimin untuk bersetia kawan. (Ali-Imram; 28)
  40. Bangsa yang pertama merancang pembunuhan nabi Isa. (Ali-Imran; 52-54)
sumber dari: solihinzubir

Nikmatnya Bidadari Syurga..



Saya kat sini nak berkongsi sesuatu yang dijanjikan oleh Allah iaitu "Bidadari". Cewah!!! Kenapa nak citer bidadari nih..? sebab bidadari adalah real yang telah dijanjikan oleh Allah untuk orang yang layak menerimanya. Sape orang yang layak tu?? Keindahan syurga digambarkan dalam firman Allah:

“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini (syahwat) dari wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan, Allah, disisi-Nyalah sebaik-baik tempat kembali”.
(surah Ali’Imran, ayat 14)

Wanita-wanita surga disebut sebagai bidadari. Yang terbahagi menjadi dua iaitu bidadari yang Allah SWT ciptakan langsung sebagai bidadari (sudah ditempatkan di syurga) dan wanita-wanita mukmin yang ada di bumi (yang kelak bila masuk surga akan menjadi bidadari).

Dalam buku Tamasya ke Syurga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis, bidadari-bidadari itu adalah wanita suci yang menyenangkan dipandang mata, menyejukkan apabila dilihat dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus gitu. Ia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta, dan umurnya sebaya.

Dalam  ayat al-Quran bermaksud :
“Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukan pandangannya. Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka. Tidak pula oleh jin”.
(surat Ar-Rahman 16,)

Lalu, siapakah orang yang akan sangat beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela Agama Allah.

Dalam firman Allah seterusnya:
“Katakanlah hai Muhammad : Inginkah aku kabarkan kepada kalian apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Untuk orang-orang bertaqwa disisinya Rabbnya ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Dan istri-istri yang suci serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya’.
surah Ali’Imran 15

seterusnya dalan Quran menyebutkan::
“Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli”.
Ad-Dukhan 51-54

Seiring dengan datangnya Islam ke bumi sebagai rahmatan lil’alamiin, turun juga bidadari-bidadari, dia berwujud manusia yang berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta mententramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita sholehah yang menjaga kesucian dirinya.Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga & penghulu (pemimpin) para bidadari, mereka adalah:

1. Asiyah

Sebagai isteri Firaun (raja yang sangat zalim), ia mampu mempertahankan aqidah yang dibawa oleh Nabi Musa AS, ia tidak tergiur dengan harta, kemewahan, tahta & kekuasaan dan selalu memanjatkan do’a : 
"Ya Rabb-ku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim.”
(QS At-Tahriim 11)

Ia juga teguh memegang keyakinannya pada Allah semata walapun Fir’aun tak hentinya menyiksa. Sesaat sebelum syahid menjemput, ia tersenyum melihat malaikat-malaikat langit turun mendatanginya dan mengajaknya menuju rumah di sisi Rabbnya di surga.

2. Maryam

Lahir dari keluarga pemuka agama Bani Israil, Maryam yang oleh orangtuanya diharapkan lahir laki-laki telah dinazarkan untuk diserahkan kepada Baitul Maqdis dan berkhidmat kepada agama Allah. Hidupnya dijalani dengan penghambaan yang utuh kepada Allah SWT. Ia tak pernah menyesali sesuatu yang tidak pernah dimiliki dan menerima dengan lapang hati taqdir Illahi.

3. Khadijah

Wanita mulia yang penuh keikhlasan dalam mendermakan seluruh kekayaanya untuk dakwah Rasulullah SAW, demi tegaknya Islam. Begitu tinggi kedudukan beliau di sisi-Nya sampai-sampai sudah disiapkan untuknya sebuah istana dari permata nan sejuk & damai di surga.
‘…Ia beriman padaku ketika semua manusia ingkar. Ia membenarkanku ketika seluruh manusia mendustakan. Ia membantuku dengan hartanya ketika semua manusia menahan harta mereka….’
(Hadith Riwayat Ahmad)

4. Fatimah

Fatimah yang tumbuh dan berkembang dalam binaan langsung dari ayahanda Rasul yang baik, lemah lembut dan terpuji menjadikannya seorang gadis yang juga penuh kelembutan, berwibawa, mencintai kebaikan ditambah akhlak terpuji meneladani si ayah. Rasulullah SAW pun menisbahkannya sebagai wanita penghulu surga.
Setiap WANITA berpeluang menjadi bidadari baik di dunia terutama di akhirat kelak, ASALKAN :

1. Ia adalah wanita yang paling taat kepada Allah. Ia senantiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah

2. Ia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya

3. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan riya

4. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya

5. Ia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangakan, bila dipandang menyejukkan, dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotifasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah

6. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya

7. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdianya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya. “Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah”.
(HR Muslim)

Dialah bidadari bumi, dialah wanita sholehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan amat bererti dari seluruh isi alam ini.

Para WANITA bersedialah untuk menjadi bidadari di SYURGA, dengan menjadi WANITA yang solehah. untuk kaum LELAKI didiklah wanita, tuntunlah mereka untuk menjadi seorang Bidadari yang ANDA impikan disyurga..

Ya Allah jadikanlah kami, ibu kami, kakak dan adik kami, isteri kami serta perempuan-perempuan di sekeliling kami menjadi bidadari di dunia dan akhirat, amiin..(Marfu’ah)




Monday, June 6, 2011

Ciri-ciri calon isteri yang sesuai nak dijadikan isteri...


Ramai orang bercerita nak kahwin, haha.. ada juga yang nak tau ape ciri-ciri  yang sepatutnya nak dipilih bagi seorang lelaki... dah ready....??

setiap wanita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mestila ramai lelaki nakkan wanita yang ada kelebihan. Rasulullah pernah memberikan kata panduan kepada kita dalam memilih ciri kelebihan yang terbaek untuk dijadikan isteri. hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a;

bermaksud;  wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana harta (kekayaan)nya, keturunannya, kecantikannya dan keelokan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung"
(riwayat al-bukhari, no.5090)

Hadith tadi menerangkan bahawa keagamaan merupakan ciri paling utama yang perlu dinilai dalam memilih calon isteri. Manakala ciri kekayaan, keturunan, dan kecantikan hanyalah ciri alternatif yang boleh diambil kira. Namun apabila ia bergabung atau bertembung dengan ciri keagamaan, maka ciri keagamaanlah yang perlu diambil kira.

Seterusnya Rasulullah SAW juga ada memberi panduan supaya memilih isteri yang bersifat penyayang dan daripada keturunan yang mempunyai ramai zuriat. ini menunjukkan keturunan yang baik serta kecenderungan rasa kasih sayangadalah sifat yang amat penting untuk dinilai. ini dijelaskan beberapa hadith riwayat sahih  diriwayatkan Abu Daud, Al-Baihaqi, Ibn Hibban dan al-Hakim.

maksud hadith tersebut ialah; seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, "Wahai Rasulullah! sesungguhnya aku menyukai seorang wanita yang berketurunan baik, mempunyai kedudukan dan berharta, akan tetapi dia tidak boleh beranak. adakah boleh aku menikahinya?" Maka Rasulullah melarangnya. kemudian lelaki itu datang untuk kali ke-2 dan bertanyakan soalan yang sama. lalu Rasulullah tetap melarangnya. kemudian dia datang untuk kali ke-3 dengan soalan yang sama. Lalu Rasulullah bersabda: "Kahwinilah wanita yang penyayang dan mampu melahirkan anak yang ramai kerana aku amat berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat."
(riwayat al-Hakim, almustadrak, no 2685)

sekian,.. pilihlah wanita kerana agamanya dan kebaikan akhlaknya... untuk wanita sentiasa tanamkan sifat malu pada diri dan jagalah akhlak supaya diredhai.... :)

Sumpah Laknat...

disini ingin membincangkan akan bagaimana seseorang yang menganggap dirinya begitu mengetahui, akan tetapi beliau telah membuat tindakan tanpa meruju' akan orang yang mengetahui. mereka menganggap tindakan mereka betul, sehingga mereka sanggup melakukan sesuatu yang diluar batasan Agama. tidakkah kau mengetahui laknat Allah itu sungguh dahsyat. 

disini ingin mengulas akan tindakan seseorang yang ingin membuktikan seseorang itu melakukan zina. akan tetapi beliau gagal dalam membuktikan dengan menyertakan empat orang saksi yang benar. Akhirnya mereka mengangkat sumpah laknat, bahawasanya orang itu melakukan zina. 

Sumpah laknat hanyalah dilakukan terhadap isteri, jika tiada saksi lain melainkan dirinya seorang. ini disebutkan didalam surah An nur dari ayat ke-6 hingga 10. ini dipanggil sumpah Li'an. serahkanlah pada mahkamah dan biarkanlah hukuman atu sabit kesalahan diselesaikan.

cerita berkenaan pemimpin pula, kelihatan beberapa pemimpin yang yang suka mengambil berat akan isu-isu atau perkara-perkara yang memburukkan orang lain, mereka lebih mengutamakan isu-isu itu seperti kesalahan pemimpin lain daripada memikirkan mandat yang diberikan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku didalam masyarakat. sedangkan permasalahan itu belum lagi mendapat keputusan dari mahkamah, seeloknya pemimpin lebih mementingkan hal berkaitan masyarakat dan segera menyelesaikannya.


Thursday, June 2, 2011

memulakan perkenalan dengan sidia....

Jika anda memiliki sifat malu dan memendamkan perasaan terhadap Dia itu. hehe, Alhamdulillah, anda mmg sepatutnya membanggakan diri anda sebab, dengan sifat malu itu sebahagian daripada prinsip dan juga kesempurnaan iman. Rasulullah pernah bersabda:

إذا لم تستح فاصنع ما شئث
(Riwayat Ahmad dan al-Tabrani)

maksudnya: "Apabila kamu tidak berasa malu,maka buatlah apa yang kamu suka".

Kalau orang dulu-dulu,bila dia menyukai seseorang wanita untuk menjadikannya isteri, dia akan meluahkan perasaan itu kepada ibunya. Ibu dialah yang akan menyiasat dan mengaturkan segala-galany dan dibantu oleh si ayah. mungkin inilah cara yang boleh digunakan oleh mereka-mereka yang ade keinginan terhadap seseorang wanita yang tinggal sekampung ataupun berhampiran dengan rumah.

Andai kata wanita itu berada jauh, mungkin sukar untuk mak bapak pergi ketempat itu. Ada baiknya jika anda melantik wakil yang amanah dari kalangan mahram untuk merisik latar belakang wanita itu dari segi akhlak, keturunan dan seumpamanya. jika benar wanita itu seorang yang solehah dan belum berpunya, bolehlah masuk meminang.


Tpi apa yang menyedihkan, banyaknya remaja-remaja sekarang lebih suka memulakan perkenalan dengan sendirinya tanpa melalui wakil yang dah matang hukum-hukum pergaulan. Apatahb lagi dengan kemudahan teknologi moden yang ada sekarang, perkara ini dah jadi biasa seolah-olah tidak ada kesalahan disitu.


Saya suka nak menasihatkan, jika anda tergamak memilih cara muda-mudi sekarang, seeloknya kenelah menjaga adab. contohnya, memulakan perkenalan dengan menggunakan e-mail atau surat, pastikan email atau surat itu ditapis kandungannya oleh seseorang yang arif dan dipercayai. jika anda btul-betul jujur, hantarkanlah surat itu melalui mahramnya. tak seharusnya terus menghantar surat itu kepadanya. kerna perbuatan itu hampir-hampir menghampiri zina(secara maya) disebabkan tiada orng tengah yg mempunyai hubungan mahram dengan wanita tersebut. 



Sunday, May 29, 2011

lembaran ketiga: dikala malam pertama

-lembaran pertama: meminang Aishah
-lembaran kedua

hiasan semata-mata

Asma' binti Yazid dan wanita ansar menemui Rasulullah dan memberitahu semuanya telah siap dan beliau sudah bleh bertemu dengan Aishah. Asma' adalah salah seorang yang menghias Aishah r.anha.

Malam pun tiba, Rasulullah tiba di rumah Aishah dan mengucapkan salam lalu duduk disamping Aishah. Aishah tersipu-sipu malu apabila Rasulullah duduk disisinya dan dia hanya tertunduk. Kemudian wanita-wanita ansar yang berada disitu menghidangkan susu segar kepada Rasulullah.  

gambar hiasan


Lalu Rasulullah meminum susu tersebut, kemudian Rasulullah menghulurkan susu tersebut kepada Aishah. Rasulullah cuba untuk menenteramkan suasana majlis itu, Aishah merasakan suasana disitu agak tegang. Akan tetapi Aishah semakin tunduk dan tersipu malu. Tidak berani Aishah untuk melihat wajah Rasulullah. Lalu Asma’ marah dan diambilnya Aishah dan Asma berkata kepada Aishah;

“Ambillah dari tangan Rasulullah,”kata Asma’ binti Yazid.

Kemudian Aishah mengambil dari tangan Rasulullah dan meminumnya akan tetapi hanya sedikit sahaja. Kemudian Rasulullah berkata kepada Aishah, “berilah kepada saudarimu”. Mereka minum hanya dari satu tempat sahaja.

Sementara Rasulullah menyuruh Aishah untuk memberikan susu tersebut kepada rakan-rakannya, Asma’ berkata;

“wahai Rasulullah, ambil engkau dari tangan Aishah minumlah darinya kemudian baru berikan kepadaku,” kerana Asma’ inginkan barakah dari Rasulullah.

Lalu Rasulullah mengambilnya dari Aishah dan kemudiannya memberikannya kepada Asma’, Asma binti yazid pun meminumnya, “berikanlah kepada mereka” kata Rasulullah kepada Asma’ selepas Asma’ meminum susu tersebut, mereka disini adalah dimaksudkan wanita-wanta ansar yang berada berhampiran Asma’.

“Jangan wahai rasulullah, jangan, kami tidak mahu wahai Rasulullah,” kata wanita-wanita ansar itu.

“jangan kamu gabungkan antara lapar dan dusta” balas Rasulullah s.a.w. akhirnya mereka berasa malu lalu diambilnya susu tadi dan meminumnya. 

lembaran ini pula mengisahkan berkenaan malam pengantin, malam pertama Rasulullah bersama Aishah. Kisah ini di ceritakan oleh Asma’ bt Yazid, dia adalah salah seorang yang menghias Aishah r.anha.

Saturday, May 28, 2011

kahwin dan cinta....

Assalamualaikum,.. dan salam sejahtera...
hari ini aku terlihat akan cerita hindustan dalam tv,.. ak cube membelek lagi, tv2 dan TV3. ape tah tajuk hindustan hari ni, sabtu (28/5/2011), aku tengok sekejap je citer ni., bile ak lihat ak sering memikirkan,..  ape yang biasanye yang ditunjukkan dalam sesebuah cerita yang tersiar dalam sebuah kotak yang menjadi panduan keramaian orang,.. tapi sekarang ianya dah menjadi papan lapis yang menayangkan bermacam-macam, itu dan juga ini.


ape yang ingin dibincangkan adalah, keseluruhan cerita yang ditayangkan dalam sesebuah cerita, tak kiralah melayu, hindustan bollywood, hollywood, sinetron atau sebagainya. 99% menceritakan begitu indahnya bercinta, akan tetapi ianya hanya menceritakan bestnye cinta sebelom kahwin. tapi kebanyakan bile cerita yang dah berkahwin, suami isteri asyik bergaduh sahaja,.. kurangnya tunjuk akan keromantisan sebuah rumah tangga, yang telah ditunjukkan oleh tauladan kita nabi Muhammad s.a.w.

cerita hindustan tadi yang disiarkan oleh TV3 menceritakan berkenaan cinta... akan tetapi tv2 menceritakan keretakan rumah tangga,.. aku bingung.. dalam pemikiranku hanyalah sebuah cinta yang ditanamkan dalam sebuah rumahtangga iaitu selepas perkahwinan adalah lebih membahagiakan berbanding cinta muda mudi,.. yang menyesatkan.. boleh dikatakan cinta muda-mudi ini yang hanya inginkan sebuah cinta akan tetapi tidak mempunyai hasrat untuk membina rumah tangga adalah sebuah kesesatan. kerna dalam islam sendiri tiada istilah kebahagian cinta perlu dipupuk sebelum berkahwin lagi.

Disini ingin memberi sedikit nasihat dan juga teguran untuk pemuda pemudi yang inginkan sebuah percintaan.. yang penting cinta itu adalah untuk mencapai alam perkahwinan.. anda boleh membuat persepakatan antara keluarga si wanita tersebut. berbincanglah seeloknya, dan mestilah berpandukan syariat islam. dalam pelbagai permasalahan, dalam islam ada penyelesaian. tapi dalam mencari penyelesaian kita perlu juga mengetahui akan puncanya. 

bagi ibu bapa pula seringlah mengambil tahu akan keadaan anak mereka, andai anak anda inginkan seseorang janagnlah terus menghalang, kerana sifat inginkan seseorang ini adalah lumrah bagi setiap remaja, akan tetapi ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab disini sebagai orang tua mereka untuk mengetahui akan latar belakang orang yang diinginkannya, dan juga bolehlah berbincang sesama keluarga tersebut bagaimana ingin menghalang antara anak mereka daripada terjerumus dalam kancah kemaksiatan. kadangkala ibu bapa menghalang terus anak mereka daripada menyukai seseorang ataupun bercinta. dalam islam tidaklah melarang akan percintaan ini, akan tetapi ianya perlu dikawal oleh individu yang bergelar ibu bapa atupun saudaranya sendiri. ini adalah untuk mengelakkan daripada mereka melakukan maksiat. setiap kali mereka ingin berjumpa  perlulah disertakan dengan mahramnya yang mencukupi syarat. Dilarang sama sekali membiarkan mereka berdua-duaan tanpa diikuti oleh mahram mereka.

Ingatlah...!! takkan berdua lelaki dan prempuan bukan muhrim melainkan bertiga, anda sendiri tahu siapa yang ke-3...

Perlulah beringat, walaupun cinta itu satu fitrah manusia yang telah dijadikan oleh pencipta kita, kita perlulah melepaskannya atau menggunakannya dengan cukup berhemah,. cinta ini sepatutnya dan yang utamanya kita perlulah melepaskannya kepada Allah pencipta kita, kita Cintai Allah kerna dia sentiasa mencintai kita, dengan memberikan rahmah dan nikmat setiap minit saat dan juga waktu, setiap sedutan nafas yang diberikan adalah nikmatNya. jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur..

pesanan ini adalah untuk diri dan juga pembaca yang dihormati...

Friday, May 27, 2011

lembaran kedua: persiapan hari pernikahan


gambar hiasan


 Rasulullah s,a,w dan Aishah datang ke madinah, ketika itu Aishah sakit selama sebulan, rambut Aishah banyak yang gugur. Dan kemudiannya Aishah sembuh dan rambutnya kembali tumbuh.

Ummu Rumman datang kepada Aishah lalu memanggilnya, ketika itu Aishah sedang bermain dengan sahabat wanitanya. Aishah pun datang menemui ibunya dan ibunya menyambar tangan Aishah lalu membawa  dengan Aishah tergesa-gesa terus ke hadapan pintu rumahnya, dengan keadaan Aishah tidak tahu apa-apapun.setibanya di pintu rumahnya, Aishah tercungap-cungap sehingga seakan-akan nafasnya hilang, Aishah juga berdebar-debar. Lalu ibunya memasukkan kedalam rumah, wanita-wanita ansar telah berkumpul didalam rumah Aishah, dan mereka menyambut Aishah  dengan gembira sambil  berkata;

“semoga engkau berada diatas kebaikan dan barakah, dan semoga engkau berada diatas sebaik-baik ketaatan.” Wanita ansar.

sekadar hiasan


Ummu Rumman menyerahkan Aishah kepada wanita-wanita ansar tadi untuk dihias, mereka membasuh rambut Aishah kemudian menghiasnya untuk Rasulullah. Aishah tidak bertemu dengan Rasulullah dan tidak mengetahui sehinggalah selepas waktu dhuha, mereka menghantar Aishah kepada Rasulullah selepas waktu dhuha. 

Lembaran ini, adalah dari kisah cinta Rasulullah iaitu persiapan hari pernikahan Rasulullah, rasulullah menikahi Aishah ketika Aishah berumur 6 ataupun 7 tahun dan ketika itu berada di Mekah, akan tetapi tinggal serumah dengannya pada umur Aishah 9 tahun.

kisah selepasnya:

Alam perkenalan: berkenalan dengan wanita



Apabila kita hari ini melihat sekeliling kita, kita tak pernah terlepas daripada bergaul dengan perempuan, didalam sekolah, universiti terutamanya, kita hari ni lihat begitu bebas pergaulan antara lelaki dan juga wanita, apakah dibolehkan untuk kita berkenalan dengan wanita @ lelaki?

Pada dasarnya, islam membolehkan seorang lelaki berkenalan atau berta'aruf dengan seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Namun perkenalan itu hendaklah dijalinkan atas landasan taqwa dan mengikut batas-batas Syariat. Ini berdasarkan kepada firman Allah Ta'ala:

(surah al-hujurat,49; ayat 13)

maksudnya: wahai sekelian manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki(adam) dan juga perempuan(hawa),dan kami jadikan kamu berbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia antara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu."

kefahaman daripada ayat diatas, tanpa pergaulan yang sah antara lelaki dan juga perempuan sudah tentu sukar untuk perkahwinan dijalinkan. Apabila proses perkahwinan terhalang, sukarlah untuk manusia membiak sampai wujudnya bangsa dan puak. Perkenalan sesama bangsa dalam ayat diatas sudah semestinya terlepas dari perkenalan sesama jantina. ini kerana jantina adalah kompenen asas dalam sesebuah kaum, puak dan masyarakat serta bangsa. . Akan tetapi, islam melarang perkenalam lelaki dan perempuan yang terlampau bebas sehingga melanggar batasan hukum Allah Ta'ala. kerana malu sepatutnya menjadi pakaian seorang mukmin.

kesimpulannya,perkenalan antara dua jantinaberlainan hanya dibenarkan dalam keadaan dan tujuan tertentu sahaja. perkenalan semacam ini perlulah dikawal dengan syarat tertentu.

sekian....

Thursday, May 26, 2011

kerelaan seorang wali......




Dan kemudiannya Abu Bakar pun pergi menemui Mut’im bin Adi, dan berbicara dengannnya dan mengatakan, “bagaimana pandanganmu berkenaan urusan ini, gadis ini, Aishah ingin dipinang oleh Rasulullah”. Mut’im ibn Adi pun terkejut dan berkata kepada Abu bakar,”tunggu sebentar, aku ingin menanyakan kepada isteriku.” Akhirnya dia tetap menujukan kepada isterinya.

Mut’im pun pergi kepada isterinya dan bertanya kepadanya, akan tetapi isterinya masih berkeinginan untuk menikahkan anaknya dengan anak Abu Bakar. Datanglah isteri Mut’im kepada Abu Bakar dan berkata, “kalau kita nikahkan putrimu dengan anak kami, mungkin putrimu akan memasukkanny kedalam islam.” Itulah harapan isteri Mut’im ibnu Adi. 

Akan tetapi Abu Bakar terus berbicara dan berbincang dengan keluarganya, dan akhirnya mereka merelakan Aishah untuk dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w. 

Begitulah cerita pertama bagaimana Aishah r.anha akhirnya berjaya dipinang oleh Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Khaulah. 

–ini adalah ketika diawal islam, belum ada lagi ayat yang mengharamkan perkahwinan muslim dan yang lain.- 
vvv
click untuk seterusnya
- lembaran kedua: persiapan pernikahan

Wednesday, May 25, 2011

meminang Aishah.....

sambungan dari lembaran awal: meminang Aishah - petanda mimpi



Apabila rasulullah mengetahui bahawa Aishah akan dicalonkan dengan beliau, beliau teringat akan mimpi sebelum itu yang dilihat oleh beliau. Kemudian beliau berkenan untuk bernikah dengan  Aishah, dan juga beliau menikahi Saudah, akan tetapi Saudah lebih awal berbanding Aishah.

Rasulullah memerintahkan Khaulah untuk datang kepada keluarga Aishah. Rasulullah menjadikan Khaulah sebagai perantara antara beliau dan juga keluarga Aishah r.anha.

Maka pergilah Khaulah menemui keluarga Aishah. Orang pertama yang Khaulah temui ialah Ummu Rumman, ibu kepada Aishah. Dating Khaulah kepada Ummu Rumman lalu berkata, “wahai Ummu Rumman, tahukah engkau kebaikan dan barakah yang diberikan Allah kepada engkau.”.

Ummu Rumman kehairanan, dan bertanya kepada Khaulah, “Apakah yang engkau maksudkan akan kebaikan dan barakah itu?”. Dan Khaulah pun memulakan cerita, “Rasulullah ingin meminang Aishah.” Sedangkan khaulah yang mencalonkan Aishah.

“sebentar sebentar, Abu Bakar akan pulang sebentar lagi.” Balas Ummu Rumman kepada Khaulah. Memang itulah apa yang sebenarnya dinanti.

Abu bakar pun pulang, kemudian Khaulah pun bercerita kepada Abu Bakar berkenaan hasrat Rasulullah yang ingin meminang putrinya Aishah. Dan kemudian Abu Bakar pun bertanya dengan hairan, “adakah boleh Aishah menjadi isterinya, sedangkan Aishah itu adalah anak saudaranya?”. Ini adalah disebabkan Abu Bakar menganggap Rasulullah itu sebagai saudaranya, kerana rapatnya hubungan persahabatan anatara Rasulullah dan juga Abu Bakar. Abu Bakar hairan adakah boleh Aishah menjadi isteri kepada saudara sendiri.

Akhirnya Khaulah pun pulang kembali berjumpa kepada Rasulullah dan memberitahu apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar Assiddiq. Dan Rasulullah menjawab, “aku saudaranya, dan  dia adalah saudaraku, akan tetapi anaknya boleh bernikah denganku.” Ini adalah kerana beliau adalah saudara seislam, bukan saudara kandung. Lalu Khaulah pun kembali kepada Abu Bakar, dan mengatakan kembali akan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah itu tadi.

Kemudian Abu Bakar meminta Khaulah untuk tungu sebentar ataupun diberi waktu, kerana rupanya pada waktu sebelum itu Abu Bakar telah membuat janji dengan Mut’im bin Adi. Mut’im ibn Adi mempunyai anak lelaki, dan pernah menjanjikan kepada Aishah akan menikahkan anaknya dengan anaknya. Ini adalah penghalang pertama dalam percintaan Rasulullah dan Aishah.
vvv
click dibawah untuk baca lagi

Tuesday, May 24, 2011

lembaran pertama: disaat meminang Siti Aishah




Pada tahun itu Rasulullah kehilangan Khadijah, dan Rasulullah amat mencintai Khadijah. Dan pada tahun kematiannya itu disebut sebagai tahun yang menyedihkan, kerana beliau kehilangan seorang isteri yang tersayang, dan juga wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah, serta bersama-sama berjuang dijalan Allah. Wanita pertama yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk Rasulullah, demi mempertahankan agama Islam dalam perjuangan Rasulullah.

Dan datang Khaulah kepada Rasulullah s.a.w bertanyakan “wahai Rasulullah, kenapa kau tidak bernikah?”.

“dengan siapakah aku akan bernikah, jikalau aku hendak bernikah?.” Soal Rasulullah s.a.w kembali kepada Khaulah.

“jika engkau hendak ya Rasulullah, engkau boleh menikahi gadis dan engkau juga boleh menikahi janda.” Jawab khaulah. “siapa yang tidak mahu akan engkau ya Rasulullah?.” sambungnya.

”siapakah gadis itu, dan siapakah janda yang engkau maksudkan?” soal nabi.

Khaulah menjawab, “ada yang gadis, Aishah puteri orang yang engkau paling cintai,” iaitu puteri Abu Bakar As-siddiq. “dan yang janda, Saudah binti zum’ah, sesungguhnya dia telah beriman dan mengikutimu ya Rasulullah.” Sambung Khaulah. Kemudian Rasulullah s.a.w redho dan menerima pilihan Khaulah.

lembaran ini menceritakan berkenaan penerangan khitbah, menceritakan bagaimana rasulullah meminang Aishah. Diriwayatkan oleh imam Hakim dalam kitab almustadrab dan lain-lainnya, desetujui oleh imam aldahri, setuju oleh ahmad syakir.

sambungan dari:
  1. tanda-tanda hadirnya kekasih  
             vvv
klik untuk seterusnya
-halangan dalam meminang Aishah

permulaan sebuah cinta terindah..



Ini bukanlah sebuah cerita sekadar cereka, dan juga bukanlah sebuah novel yang hanya sebuah karangan semata, juga bukan hikayat, filem atau drama. Ini adalah sebuah realiti, kisah cinta yang hakiki dan terindah yang telah dibuktikan oleh nabi Muhammad. Ada kita mendengar kisah cerita antara laila majnun, dan yang lain2, akan tetapi ini bukannya sebuah dongeng, ini adalah hikmah dan juga tauladan serta telunjuk bagaimana untuk mendapatkan sebuah cinta yang hakiki, dan juga cinta yang sebenar. Bukan sekadar didunia, malah hingga membawa kesyurga.

Episode pertama Kisah ini bermula dari sebuah mimpi. Hadith yang diriwayatkan dari imam muslim daripada aishah r.anha, dia bercerita tentang sabda nabi Muhammad kepada dirinya;

“Rasulullah berkata:” sebelum aku menikahimu wahai Aishah, aku bermimpi melihatmu 3 kali, malaikat membawamu dengan tandu yang ditutupi dengan kain sutera, lalu malaikat itu berkata,’wahai Muhammad, ini adalah isterimu’ lalu aku membuka tabir yang diperbuat dari sutera tersebut, memang benar dia adalah dirimu.” (riwayat muslim)..



Diperlihatkan kepada rasulullah akan kekasihnya dalam tidur rasulullah tiga malam berturut-turut, dan ini adalah sebuah tanda dan khabar berita gembira bahawa rasulullah akan bernikah dengan aishah. Lalu Rasulullah berkata;

“aku berkata pada diriku,” jika mimpi ini berasal daripada Allah, Dia akan menjadikannya” kata rasulullah kepada aishah.

Inilah dia permulaan sebuah cinta, yang munculnya dari sebuah mimpi yang baik, yang datang dari Allah. 
vvv
klik dibawah, seterusnya...
-lembaran pertama, meminang Aishah

Saturday, May 21, 2011

murah rezki,.. dengan amalan...

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:





1. Menyempatkan diri beribadah -

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar -

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa -

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah -

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa -

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain -

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat -

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak -

Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi -

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim -

Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk -

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah -

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) -

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha -

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah -

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu -

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhirsurah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca
"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ahsetiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa -

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya -

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal -

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri
"jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Selamat Beribadah dan Semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah swt...........



ALLAH SURUH MENCARI REZEKI

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman dalam soal rezeki:
" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam:
" Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a)
Allah dalam hadis Qudsi diatas berfirman kepada para malaikat-Nya yang diserahi untuk memberi rezeki anak-anak adam sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan yang di emban oleh para malaikat itu itu :

Hamba- Ku yang manapun baik lelaki mahupun perempuan, yang kalian dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidup hanya satu sahaja iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga amal perbuatannya, solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya, semata-mata kerana Aku, maka jaminlah rezekinya orang itu secara pasti, rezeki yang ada di langit dan dibumi. Bukanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.
Di tangan Allah-lah, tanggungan rezeki semua hamba-Nya ( manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau makhluk yang lainnya) yang hidup di langit dan di bumi. Allah-lah yang menanggung rezeki semua hambanya. Dan Dialah pula yang menentukan-Nya ( ada yang diberi banyak, sederhana dan yang sedikit), hal itu bergantung kepada kehendak Allah. Perhatikanlah firman Allah dibawah ini:
Surah Al-Ankabut ayat 60
"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Ankabut ayat 62
" Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Saba' ayat 24
" Katakanlah, " Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah, dan (apakah) sesungguhnya kami atau kamu di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata."
Surah Faathir ayat 3
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka betapa kamu bisa dipalingkan?"
Manusia mesti berusaha mencari rezeki
Sekalipun urusan rezeki itu di tangan Allah. Allah-lah yang mengaturkanya: namun kita sebagai hamba Allah diwajibkan untuk berusaha untuk mencarinya, dangan cara berdagang, bernelayan, bercucuk tanam, berkerja dan sebagainya. Kita tidak boleh berpangku tangan tanpa berusaha hanya mengharapkan kurniaan Allah ( turunnya rezeki ) dari langit.
Sesudah kita melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar dalam mencari rezeki ( kurnia Allah ) yang di gelar di muka bumi, maka hendaklah kita hendaklah berdoa, berzikir (sebagai amalan batiniah ) kehadrat Allah swt, agar kita dikurniakan oleh-Nya rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang dapat mengantarkan amal ibadat kita. Insya Allah.

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Amalkan surah :

Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27
amalkan juga Asma'ul Husna

Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan

Nak tambah sikit....

"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku

dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"