![]() |
gambar hiasan semata.. |
"sudahkah Muhammad tidur?" tanya fatimah. kasih sayang yang dicurahkan kepada Muhammad diberikan seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya, walaupun Muhammad bukan anak kandungnya.
"barangkali dia keletihan. biarlah dia tidur kerana esok dia perlu bangun pagi bagi membantu kakanda menjual kambing du pasar Ukaz," jawab Abu Talib.
dia berkata lagi "ketika muhammad kecil dulu, setiap malam dia tidur disebelah kakanda. keman saja kakanda pergi mesti bersama dia,Akan tetapi dia sudah meningkat remaja. namun kasih sayang kakanda kepadanya tetap seeperti dulu, tak pernah berubah."
"Muhammad lelaki yang baik, sejak kecil tidak pernah berbohong, sehingga digelar Al-amin oleh orang ramai......................." puji Fatimah.
"benar katamu, wahai Fatimah.sejak kita memelihara Muhammad, hidup kita bertambah senang dan bahagia. kambing dan unta kita semakin membiak, Muhammad membawa tuah kepada kita." puji Abu Talib.
"wahai tuhan, kurniakanlah kami seorang anak lelaki yang elok paras rupa danbaik budi bahasanya seperti Muhammad," doa Fatimah.
"Berdoalah dihadapan Hubal. tuhan yang paling besar dikaabah. Semoga impianmu terkabul," balas Abu Talib pula................
TO BE CONTINUED......
No comments:
Post a Comment