بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

"بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menciptakan langit dan juga bumi, tuhan yang melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta yang memberikan rezki, memberikan keredhaan dan yang menjadikan segala rupa makhluk.

Pages

Wednesday, April 27, 2011

dikala waktu pagi (pagi yang ceria)

Assalamualaikum w.b.t
hai....~~ selamat pagi dan salam sejahtera kepada pembaca

mutiara iman disini bercerita mengenai bangun tidur
ceriakah anda setelah anda bangun dari tidur....??
sekiranya ada perkara yang menggembirakan yang anda betul2 ingin lakukan pada hari ini dan ianya menyeronokkan, sudah tentu pagi anda dihiasi dengan semangat dan dan begitu teruja skali.

tapi.....
bagaimana pula kalau anda bangun pagi,. melihat jam pandang sekeliling,
dan anda dapati bahawa anda terlewat bangun atau ada perkara yang tidak menyenangkan yang anda ketahui akan berlaku pada hari ini?

anda pasti akan jadi tergesa-gesa, kelam-ribut, atau hari anda akan menjadi suram dan dipenuhi rasa tidak selesa. jika ini berlaku, bermulalah episod yang mendukacitakan dan yang amat membencikan, ade saje perkare yang tidak kene berlaku atas diri anda,
seperti...;
kehilangan barang/ lupa kedudukan barang yang anda letakkan,
tercicir barang yanng patut anda bawa,
dan bermacam lagilah yang perlaku, kenderaan rosak, jem dan sebagainya.
.
kenapa terjadinya perkara sebegini??
persoalan ini akan terjawab dikemudian hari...


ape kate kite cerita berkenaan hari yang ceria...
ape yang anda perlu buat setiap pagi,...


1) buka mata dan bangun dengan dengan satu semangat.
2) bersugi/ gosok gigi serta bersihkanlah seluruh tubuh badan ataupun mandi untuk dapatkan kecergasan.
3) lihatlah cermin, ucapkan pada diri, anda seorang yang ceria, hari ini adalah hari yang menyenangkan dan hari yang paling ceria.
4) mulakan dengan senyuman, dan selalulah senyum, sebab seyum itu "sedekah"
5) ucapkanlah 'salam' kepada sesiapa yang anda jumpa, sama ada di dalam rumah, kawan diasrama, dipondok bas, dan sebagainya, supaya anda dapat menarik Aura dan keceriaan pada hari itu..
6) sekiranya ada musibah yang berlaku disepanjang perjalanan anda pada hari itu, ucapkanlah "Innalillahi wainna ilaihi rajiun... dengan musibah yang melanda, bersangka baiklah kepada Allah, kerana keceriaan itu takkan sempurna tanpa ada sebarang ujian.
7) bag yang muslim dan orang yang beriman, tunaikanlah solat dhuha atau solat sunat dua rakaat untuk memohon keberkatan dan kelancaran dalam setiap perkara yang dilakukan.. semoga rezki senantiasa melimpah ruah.
8) setiap kali selesai akan pekerjaan yang dilakukan, ucapkanlah Alhamdulillah, sama ada berjaya ataupun tidak, dan seringkalilah setelah selesai melakukan kerja, bertawakkallah kepada Allah tuhan yang esa.
9) basahkanlah lidah dengan kalimah-kalimah memuji Allah dan berselawat keatas nabi, untuk mengelakkan mulut kita daripada mengeluarkan kata-kata  yang kesat dan carutan yang mencarut..~~


dan yang utamanya~~~
TUNAIKANLAH SOLAT DIWAKTUNYA,, SEBOLEH-BOLEHNYA TUNAIKANLAH SECARA BERJEMAAH,.. KERANA PAHALANYA BERLIPAT KALI GANDA..
~~~ SENTIASALAH MENJAGA DIRI ANDA ~~~


semoga dengan apa yang dikongsikan dapat meningkatkan kehidupan seharian anda , andai anda punyai tambahan, cadangan taupun kritikan yang membangun saya sedia menerimanya,.. kerana matlamat sebenar mencari keredhaan..


~~ WALLAHUA'LAM~~

No comments:

Post a Comment

ALLAH SURUH MENCARI REZEKI

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman dalam soal rezeki:
" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam:
" Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a)
Allah dalam hadis Qudsi diatas berfirman kepada para malaikat-Nya yang diserahi untuk memberi rezeki anak-anak adam sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan yang di emban oleh para malaikat itu itu :

Hamba- Ku yang manapun baik lelaki mahupun perempuan, yang kalian dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidup hanya satu sahaja iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga amal perbuatannya, solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya, semata-mata kerana Aku, maka jaminlah rezekinya orang itu secara pasti, rezeki yang ada di langit dan dibumi. Bukanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.
Di tangan Allah-lah, tanggungan rezeki semua hamba-Nya ( manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau makhluk yang lainnya) yang hidup di langit dan di bumi. Allah-lah yang menanggung rezeki semua hambanya. Dan Dialah pula yang menentukan-Nya ( ada yang diberi banyak, sederhana dan yang sedikit), hal itu bergantung kepada kehendak Allah. Perhatikanlah firman Allah dibawah ini:
Surah Al-Ankabut ayat 60
"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Ankabut ayat 62
" Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Saba' ayat 24
" Katakanlah, " Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah, dan (apakah) sesungguhnya kami atau kamu di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata."
Surah Faathir ayat 3
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka betapa kamu bisa dipalingkan?"
Manusia mesti berusaha mencari rezeki
Sekalipun urusan rezeki itu di tangan Allah. Allah-lah yang mengaturkanya: namun kita sebagai hamba Allah diwajibkan untuk berusaha untuk mencarinya, dangan cara berdagang, bernelayan, bercucuk tanam, berkerja dan sebagainya. Kita tidak boleh berpangku tangan tanpa berusaha hanya mengharapkan kurniaan Allah ( turunnya rezeki ) dari langit.
Sesudah kita melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar dalam mencari rezeki ( kurnia Allah ) yang di gelar di muka bumi, maka hendaklah kita hendaklah berdoa, berzikir (sebagai amalan batiniah ) kehadrat Allah swt, agar kita dikurniakan oleh-Nya rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang dapat mengantarkan amal ibadat kita. Insya Allah.

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Amalkan surah :

Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27
amalkan juga Asma'ul Husna

Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan

Nak tambah sikit....

"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku

dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"