بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

"بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menciptakan langit dan juga bumi, tuhan yang melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta yang memberikan rezki, memberikan keredhaan dan yang menjadikan segala rupa makhluk.

Pages

Sunday, April 24, 2011

Mutiara Kata Ali bin Abi Talib





Setelah kematian Ali bin Abi Talib, jenazah beliau telah diuruskan oleh ahli keluarganya yang terdekat sahaja. tempat kubur beliau telah dirahsiakan dari pengetahuan disebabkan untuk mengelak daripada digali oleh golongan khawarij yang memusuhi beliau.



didalam kehidupan beliau, beliau telah meninggalkan beberapa kata yang perlu diambil dan boleh diikuti dan dijadikan pegangan,.. 




berikut adalah antara mutiara kata-kata Ali bin Abi Talib;





  • Nilai individu bergantung pada apa yang membuatkannya jadi baik.






  •  berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka, jangan sampai mendustakan Allah dan Rasulnya.








  • Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu membalas budi ketika dia sedang kenyang.

  • Hiburkanlah hatimu dan carilah hal-hal yang menyenangkannya kerana ia juga berasa bosan dan sebagaimana bosannya tubuh.

  • Nafsu itu membangkitkan hawa, ia dapat menyeret manusia ke tempat-tempat maksiat, ia hanya menuntut sasuatu yang menyenangkan, ai selalu enggan bekerja, jika engkau paksa bekerja ia akan memberontak, tapi jika kamu lalaikan maka ia mengheret kamu ke jurang kebinasaan

  • ketahuilah, jangan kamu mengharap kecuali hanya kepada tuhan, jangan dia takut kecuali kepada dosa-dosa, jangan malu bertanya jika tidak tahu, dan jangan malu mengaku tidak tahu jika ditanya sesuatu yang dia memang tidak tahu.

  • kefakiran menjadikan orang pandai tidak berani berhujah, kemiskinan itu mejadikan seseorang itu tidak dikenali dinegerinya sendiri.

  • ketidakmampuan adalah suatu kekurangan, kesabaran asalah keberanian, zuhud adalah kekayaan dan warak adalah perisai.


  • sopan santun adalah pakaian yang selalu baru, berfikir asalah cermin yang bersih.


  • jika kekayaan mendatangi seseorang maka ia akan dipinjami kebaikan-kebaikan orang lain, tetapi jika kekayaan pergi daripada seseorang maka kebaikan-kebaikan dirinya akan terlepas


  • jangan kamu jadikan dirimu  sebagau hamba kepada orang lain sebab Allah menjadikan kamu sebagai seorang yang merdeka.


  • tidak seorng pun dapat menyembunyikan sesuatu kecuali akan muncul daripada ketidaksengajaan lisannya dan daripada lembaran-lembaran wajahnya.


  • jangan kamu selalu mengendalikan diri dengan angan-angan kosong sebab hal itu adalah perniagaan orang pandai.


  • mahukah kamu aku tunjukkan seorang yang palingluas pengetahuannya? ada kalanya seorang yang tidak menghias pengabdiannya kepada Allah dengan maksiat lalu tidak merasa aman daripada seksanya lalu tidak merasa aman daripada siksanya dan tidak merasa putus asa daripada rahmatnya.


  • manusia itu sedang tidur, setelah mati baru terjaga.


  • manusia adalah musuh bagi yang tidak ketahui.


  • manusia dengan zamannya bagai anak dengan ayah-ayahnya.


  • rahsia seorang tersimpan dibawah lidahnya.


  • tidak akan binasa seorang yang tahu nilai dirinya.


  • ada kalanya hanya dengan satu ucapan dapat menutup kenikmatan



begitulah beberapa mutiara kat ayang dapat sama-sama kita renungkan, dan supaya dapat memperbaiki kelemahan kita.

modified from PTS litera..~~~

No comments:

Post a Comment

ALLAH SURUH MENCARI REZEKI

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman dalam soal rezeki:
" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam:
" Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a)
Allah dalam hadis Qudsi diatas berfirman kepada para malaikat-Nya yang diserahi untuk memberi rezeki anak-anak adam sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan yang di emban oleh para malaikat itu itu :

Hamba- Ku yang manapun baik lelaki mahupun perempuan, yang kalian dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidup hanya satu sahaja iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga amal perbuatannya, solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya, semata-mata kerana Aku, maka jaminlah rezekinya orang itu secara pasti, rezeki yang ada di langit dan dibumi. Bukanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.
Di tangan Allah-lah, tanggungan rezeki semua hamba-Nya ( manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau makhluk yang lainnya) yang hidup di langit dan di bumi. Allah-lah yang menanggung rezeki semua hambanya. Dan Dialah pula yang menentukan-Nya ( ada yang diberi banyak, sederhana dan yang sedikit), hal itu bergantung kepada kehendak Allah. Perhatikanlah firman Allah dibawah ini:
Surah Al-Ankabut ayat 60
"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Ankabut ayat 62
" Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Saba' ayat 24
" Katakanlah, " Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah, dan (apakah) sesungguhnya kami atau kamu di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata."
Surah Faathir ayat 3
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka betapa kamu bisa dipalingkan?"
Manusia mesti berusaha mencari rezeki
Sekalipun urusan rezeki itu di tangan Allah. Allah-lah yang mengaturkanya: namun kita sebagai hamba Allah diwajibkan untuk berusaha untuk mencarinya, dangan cara berdagang, bernelayan, bercucuk tanam, berkerja dan sebagainya. Kita tidak boleh berpangku tangan tanpa berusaha hanya mengharapkan kurniaan Allah ( turunnya rezeki ) dari langit.
Sesudah kita melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar dalam mencari rezeki ( kurnia Allah ) yang di gelar di muka bumi, maka hendaklah kita hendaklah berdoa, berzikir (sebagai amalan batiniah ) kehadrat Allah swt, agar kita dikurniakan oleh-Nya rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang dapat mengantarkan amal ibadat kita. Insya Allah.

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Amalkan surah :

Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27
amalkan juga Asma'ul Husna

Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan

Nak tambah sikit....

"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku

dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"