بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

"بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menciptakan langit dan juga bumi, tuhan yang melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta yang memberikan rezki, memberikan keredhaan dan yang menjadikan segala rupa makhluk.

Pages

Wednesday, May 11, 2011

pesanan Imam Ghazali...





Imam Ghazali:
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah


Imam Ghazali: Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun


Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Tuesday, May 10, 2011

pergaulan lelaki dan wanita (ikhtilat)

memang tak dapat dinafikan apabila realiti pada ketika ini pergaulan antara lelaki dan perempuan sudah jauh menyimpang dari landasan syariat yang telah ditetapkan. fenomena yang berlaku tanpa kawalan telah memberikan kesan yang besar sehingga terjadinya perzinaan dan begitu mudahnya berlaku kerosakan dalam intitusi kekeluargaan. bencana yang besar pula berlaku disebabkan hilangnya pertimbangan akal yang tidak waras sehingga berlakunya kes-kes pembuangan bayi.


Namun pada hari ini ikhtilat tak dipandang sebagai punca yang boleh mencacatkan seorang yang beragama, ia macam dah jadi satu perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, tak dinafikan hidup berpasang-pasangan adalah satu fitrah kehidupan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada seluruh alam ini, bukan setakat manusia sahaja, bahkan binatang juga dijadikan berpasang-pasangan. namun syariat adalah perkara asas yang membezakan manusia dan juga binatang
Ini bukanlah bermakna lelaki dan perempuan tidak boleh bercampur antara satu sama lain, akan tetapi ianya dikawal oleh batasan-batasan syariat.
suasana dan keadaan kita sekarang dapat dilihat tidak dapat lari dari pergaulan antara lelaki dan juga perempuan terutamanya mereka yang bergiat aktif dalam mana-mana persatuan. jadi, macamana kita nak menghalang perkara ini dari berlaku? adakah kita perlu kita halang percampuran tersebut, lalu kita membubarkan persatuan itu? memangtak dapat dielakkan tugas didalam sesebuah persatuan memerlukan pergaulan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. namun batas-batas syariat perlulah dijaga dan diawasi dan jangan mudah tertewas dengan bisikan SYAITAN dan juga dorongan nafsu.

Islam melalui sunnah Rasulullah S.A.W telah menetapkan adab-adab yang baik yang perlu diamalkan oleh lelaki dan wanita ketika berlakunya percampuran antara mereka, antaranya wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat sebagaimana firman Allah Taala:
Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu”.

Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.

Firmah Allah Taala:

Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.

penjagaan akhlak-akhlak dan syariat islam tidaklah hanya dijalankan oleh sebelah pihak sahaja, dalam isu pergaulan ini, ianya perlulah dijaga oleh kedua-dua belah pihak, lelaki dan juga perempuan, disebabkan kedua-duanya adalah memainkan peranan yang penting disebabkan tidak akan berlakunya 'ikhtilat' ini tanpa ada dua belah pihak.

Tambahan pula, keadaan sekarang yang membolehkan ikhtilat berlaku di mana-mana sahaja, tidak cukup di cyber-cyber café dengan berchating sehingga ke dalam rumah, juga perbualan melalui handset dan sms. Perkara sebegini seharusnya diambil berat oleh kita selaku umat islam yang mulia disisi ALLAH.
Didalam islam telah menyediakan segala jalan penyelesaian yang  mudah dan memerlukan kerjasama dari semua umat islam untuk mengamalkannya, isu ini perlu diambil berat kerana pergaulan inilah yang membuka pintu untuk kearah bibit-bibit penzinaan. sebagai umat islam kita hendaklah sering merujuk kepada syariat islam dan jangan mudah diperdaya oleh golongan-golongan yang jahil dan golongan yang cuba untuk menghancurkan umat islam itu sendiri.

disunting dan dipetik dari hanan

kelahiran seorang khalifah (part 3)

part 1 part 2 part 3 part 4 part 5



........"Wahai Muhammad, walaupun ibu tidak melahirkan kamu tetapi ibu menyayangi kamu dengan sepenuh hati. Pernahkah selama ini ibu menolak permintaan kamu?" tanya Fatimah pula.

"Wahai ibu, sekiranya saya berkata, di sebalik bukit sana ada musuh yang hendak menyerang kita. Adakah ibu percaya?" Muhammad seperti berteka-teki dengan Fatimah.

"Bukan ibu sahaja yang percaya malah seluru penduduk Mekah percaya kerana kamu tidak pernah bercakap bohong. Hanya kamu seorang yang mendapat gelaran Al-amin," kata Fatiah pula.

"Wahai ibu, sesungguhnya terdapat tuhan lain yang sepatutmnya disembah selain Hubal. Dia tuhan yang menjadikan alam ini." Muhammad berusaha menyakinkan Ftimah.

"Wahai Mhammad, ibu percaya denan kata-kata kamu itu. akan tetapi tidak berani untuk mengubahnya kerana nenek moyang kita sejak dahulu menyembah Hubal dan tuhan-tuhan yang terdapat dikeliling Kaabah. Abu Talib, suami ibu dan bapa saudara kamu juga menyembahnya," tegas Fatimah sambil menyatakan dia akan terus menyembah Hubal, al-Latta dan al-Uzza.

"Wahai ibu, saya tidak memaksa ibu mengikut kata-kata saya. Tetapi bukankah ibu sudah berjanji hendak menunaikan permintaan saya?"

"Katakanlah wahai Muhammad, apa permintaan kamu?"

"Apabila ibu sampai di depan berhala Hubal maka berdirilah lalu ucapkan kata-kata ini. aku tidak mngaku Hubal sebagai tuhan. Aku beriman kepada Allah dan tiada sekutunya bagi-Nya."

"Wahai Muhammad, ibu tidak pernah mengucapkan kata-kata seperti itu di depan Hubal. Ibu bimbang ditimpa bala."

"Wahai ibu, yakinlah dengan kata-kata saya ini. Sesungguhnya berhala Hubal tidak dapat melakukan apa-apa kepada ibu.".............

to be continue.......

part1 part 2 part 3 part 4 part 5

Thursday, April 28, 2011

kelahiran seorang khalifah (part 2)

part 1 part 2 part 3 part 4 part 5


..........."pagi esok saya pergi ke kaabah dan berdoa didepan Hubal supaya kita mendapat anak lelaki seperti Muhammad. semoga doa kita dimakbulkan," akur Fatimah.

"bawalah seekor unta bagi dikorbankan kepada Hubal. pasti doamu dimakbulkan. Cara itu dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu," Fatimah pun setuju dengan apa yang disarankan oleh suaminya itu.

keesokan harinya Fatimah mrmbawa seekor unta jantan menuju ke kaabah. Di tengah perjalanan dia bertemu dengan Muhammad.

"Wahai ibuku, hendak kemanakah membawa unta u=ini?" tegur Muhammad dengan ramah.

Muhammad memanggil Fatimah ibu. Tambahan pula ibunya Aminah meninggal dunia semasa dia berumur lima tahun. Kemudian dia dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib. Selepas datuknya meninggal dunia, Muhammad dipelihara oleh Abu Talib.Fatimah menyayangi Muhammad seperti anaknya sendiri. sebab itulah Muhammad memanggilnya ibu.

"Ibu mahukan anak lelaki yang baik seperti kamu, wahai Muhammad. kerana itulah ibu hendak berdoa dideepan Hubal. Unta ini hendak dikorbankan untuk tuhan yang besar itu. semoga doa ibu dimakbulkan," terus terang Fatimah kepada Muhammad.

Muhammad kurang selesa mendengarnya. tetapi dia tak dapat menghalang ibu saudaranya itu berdoa di depan Hubal. Apatah lagi melarangny amengorbankan unta jantan itu keada berhala yang selalu disembah orang Quraisy.

"mengapa termenung, termenung wahai Muhammad? Adakah kamu tidak setuju dengan apa yang hendak ibu lakukan ini?" tanya Fatimah seolah-olah mengetahui apa yang difikirkan oleh Muhammad.

"Wahai ibu, teruskanlah hajatmu itu. tetapi saya ada satu permintaan, harap ibu tidak menolaknya," pinta Muhammad pula. Dia masih bersikap ramah.................

TO BE CONTINUE........


part 1 part 2 part 3 part 4 part 5

Real madrid 0 vs barcelona 2 (27/4/2011)

بسم الله الرحمن الرحيم....
Assalamualaikum dan salam sejahtera

nak cerita berkenaan bola la sikit kat sini,.. berkenaan perlawanan malam tadi antara REAL MADRID dan juga BARCELONA..
saya bukanlah seorang penyokong dan juga peminat fanatik bola,.. 
akan tetapi ape yang saya perhatikan adalah berkenaan skil-skil dan corak permainan yang dipamerkan oleh pemain-pemain bola.. terutama sekali apabila melihat bagaimana sebiji bola yang direbut dapat disumbat ke dalam gol pihak lawan,.. 

nak bersorak itu agak jaranglah,..,

berkenaan perlawanan malam tadi,, 
2 biji gol telah disumbat kedalam gawang pihak real madrid oleh Lionel Messi,.. si kaki ape tah saya pun tak tahu,.. sebelum itu PEPE telah dilayangkan kad merah apabila mengasari Daniel Alves,. 
bermakna disini Real madrid terpaksa bermain dengan bilangan pemain hanya sepuluh orang sahaja.
peluang ni telah digunakan sebaiknya oleh Barcelona untuk menyumbat 2gol.
gol yang pertama adalah selepas a. faley(btul ke ejaan nih?)
Messi menyempurnakan bola yang diberikan oleh a. faley pada minit ke-76.
dan bola ke-2 dimasukkan pada minit ke-89' dengan begitu cantik skali. apabila Messi melepasi 5 orang pertahan dengan begitu mudah dan menyumbat bola leret ke gawang.~~
dan cassilas tertewas oleh bola yang dihantar oleh Messi..
begitulah kisahnya.... lebih kurangla....

lihat sendirilah kat video nih.....


Wednesday, April 27, 2011

dikala waktu pagi (pagi yang ceria)

Assalamualaikum w.b.t
hai....~~ selamat pagi dan salam sejahtera kepada pembaca

mutiara iman disini bercerita mengenai bangun tidur
ceriakah anda setelah anda bangun dari tidur....??
sekiranya ada perkara yang menggembirakan yang anda betul2 ingin lakukan pada hari ini dan ianya menyeronokkan, sudah tentu pagi anda dihiasi dengan semangat dan dan begitu teruja skali.

tapi.....
bagaimana pula kalau anda bangun pagi,. melihat jam pandang sekeliling,
dan anda dapati bahawa anda terlewat bangun atau ada perkara yang tidak menyenangkan yang anda ketahui akan berlaku pada hari ini?

anda pasti akan jadi tergesa-gesa, kelam-ribut, atau hari anda akan menjadi suram dan dipenuhi rasa tidak selesa. jika ini berlaku, bermulalah episod yang mendukacitakan dan yang amat membencikan, ade saje perkare yang tidak kene berlaku atas diri anda,
seperti...;
kehilangan barang/ lupa kedudukan barang yang anda letakkan,
tercicir barang yanng patut anda bawa,
dan bermacam lagilah yang perlaku, kenderaan rosak, jem dan sebagainya.
.
kenapa terjadinya perkara sebegini??
persoalan ini akan terjawab dikemudian hari...


ape kate kite cerita berkenaan hari yang ceria...
ape yang anda perlu buat setiap pagi,...


1) buka mata dan bangun dengan dengan satu semangat.
2) bersugi/ gosok gigi serta bersihkanlah seluruh tubuh badan ataupun mandi untuk dapatkan kecergasan.
3) lihatlah cermin, ucapkan pada diri, anda seorang yang ceria, hari ini adalah hari yang menyenangkan dan hari yang paling ceria.
4) mulakan dengan senyuman, dan selalulah senyum, sebab seyum itu "sedekah"
5) ucapkanlah 'salam' kepada sesiapa yang anda jumpa, sama ada di dalam rumah, kawan diasrama, dipondok bas, dan sebagainya, supaya anda dapat menarik Aura dan keceriaan pada hari itu..
6) sekiranya ada musibah yang berlaku disepanjang perjalanan anda pada hari itu, ucapkanlah "Innalillahi wainna ilaihi rajiun... dengan musibah yang melanda, bersangka baiklah kepada Allah, kerana keceriaan itu takkan sempurna tanpa ada sebarang ujian.
7) bag yang muslim dan orang yang beriman, tunaikanlah solat dhuha atau solat sunat dua rakaat untuk memohon keberkatan dan kelancaran dalam setiap perkara yang dilakukan.. semoga rezki senantiasa melimpah ruah.
8) setiap kali selesai akan pekerjaan yang dilakukan, ucapkanlah Alhamdulillah, sama ada berjaya ataupun tidak, dan seringkalilah setelah selesai melakukan kerja, bertawakkallah kepada Allah tuhan yang esa.
9) basahkanlah lidah dengan kalimah-kalimah memuji Allah dan berselawat keatas nabi, untuk mengelakkan mulut kita daripada mengeluarkan kata-kata  yang kesat dan carutan yang mencarut..~~


dan yang utamanya~~~
TUNAIKANLAH SOLAT DIWAKTUNYA,, SEBOLEH-BOLEHNYA TUNAIKANLAH SECARA BERJEMAAH,.. KERANA PAHALANYA BERLIPAT KALI GANDA..
~~~ SENTIASALAH MENJAGA DIRI ANDA ~~~


semoga dengan apa yang dikongsikan dapat meningkatkan kehidupan seharian anda , andai anda punyai tambahan, cadangan taupun kritikan yang membangun saya sedia menerimanya,.. kerana matlamat sebenar mencari keredhaan..


~~ WALLAHUA'LAM~~

Monday, April 25, 2011

kelahiran seorang khalifah (part 1)

part 1 part 2 part 3 part 4 part 5
gambar hiasan semata..


malam itu bulan mengambang penuh. sinarnya menerangi kota mekah. Kebanyakan penghuninya sudah tidur. akan tetapi terdapat dua insan yang sedang rancak berbual, iaitu Abdul Manaf atau dipanggil oleh orang quraisy mekah Abu Talib, bersama isterinya Fatimah binti Asad yang masih belum tidur lagi.

"sudahkah Muhammad tidur?" tanya fatimah. kasih sayang yang dicurahkan kepada Muhammad diberikan seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya, walaupun Muhammad bukan anak kandungnya.

"barangkali dia keletihan. biarlah dia tidur kerana esok dia perlu bangun pagi bagi membantu kakanda menjual kambing du pasar Ukaz," jawab Abu Talib.

dia berkata lagi "ketika muhammad kecil dulu, setiap malam dia tidur disebelah kakanda. keman saja kakanda pergi mesti bersama dia,Akan tetapi dia sudah meningkat remaja. namun kasih sayang kakanda kepadanya tetap seeperti dulu, tak pernah berubah."

"Muhammad lelaki yang baik, sejak kecil tidak pernah berbohong, sehingga digelar Al-amin oleh orang ramai......................." puji Fatimah.

"benar katamu, wahai Fatimah.sejak kita memelihara Muhammad, hidup kita bertambah senang dan bahagia. kambing dan unta kita semakin membiak, Muhammad membawa tuah kepada kita." puji Abu Talib.

"wahai tuhan, kurniakanlah kami seorang anak lelaki yang elok paras rupa danbaik budi bahasanya seperti Muhammad," doa Fatimah.

"Berdoalah dihadapan Hubal. tuhan yang paling besar dikaabah. Semoga impianmu terkabul," balas Abu Talib pula................

TO BE CONTINUED......

ALLAH SURUH MENCARI REZEKI

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman dalam soal rezeki:
" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam:
" Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a)
Allah dalam hadis Qudsi diatas berfirman kepada para malaikat-Nya yang diserahi untuk memberi rezeki anak-anak adam sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan yang di emban oleh para malaikat itu itu :

Hamba- Ku yang manapun baik lelaki mahupun perempuan, yang kalian dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidup hanya satu sahaja iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga amal perbuatannya, solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya, semata-mata kerana Aku, maka jaminlah rezekinya orang itu secara pasti, rezeki yang ada di langit dan dibumi. Bukanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.
Di tangan Allah-lah, tanggungan rezeki semua hamba-Nya ( manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau makhluk yang lainnya) yang hidup di langit dan di bumi. Allah-lah yang menanggung rezeki semua hambanya. Dan Dialah pula yang menentukan-Nya ( ada yang diberi banyak, sederhana dan yang sedikit), hal itu bergantung kepada kehendak Allah. Perhatikanlah firman Allah dibawah ini:
Surah Al-Ankabut ayat 60
"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Ankabut ayat 62
" Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Saba' ayat 24
" Katakanlah, " Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah, dan (apakah) sesungguhnya kami atau kamu di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata."
Surah Faathir ayat 3
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka betapa kamu bisa dipalingkan?"
Manusia mesti berusaha mencari rezeki
Sekalipun urusan rezeki itu di tangan Allah. Allah-lah yang mengaturkanya: namun kita sebagai hamba Allah diwajibkan untuk berusaha untuk mencarinya, dangan cara berdagang, bernelayan, bercucuk tanam, berkerja dan sebagainya. Kita tidak boleh berpangku tangan tanpa berusaha hanya mengharapkan kurniaan Allah ( turunnya rezeki ) dari langit.
Sesudah kita melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar dalam mencari rezeki ( kurnia Allah ) yang di gelar di muka bumi, maka hendaklah kita hendaklah berdoa, berzikir (sebagai amalan batiniah ) kehadrat Allah swt, agar kita dikurniakan oleh-Nya rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang dapat mengantarkan amal ibadat kita. Insya Allah.

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Amalkan surah :

Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27
amalkan juga Asma'ul Husna

Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan

Nak tambah sikit....

"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku

dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"