بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

"بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menciptakan langit dan juga bumi, tuhan yang melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta yang memberikan rezki, memberikan keredhaan dan yang menjadikan segala rupa makhluk.

Pages

Sunday, May 29, 2011

lembaran ketiga: dikala malam pertama

-lembaran pertama: meminang Aishah
-lembaran kedua

hiasan semata-mata

Asma' binti Yazid dan wanita ansar menemui Rasulullah dan memberitahu semuanya telah siap dan beliau sudah bleh bertemu dengan Aishah. Asma' adalah salah seorang yang menghias Aishah r.anha.

Malam pun tiba, Rasulullah tiba di rumah Aishah dan mengucapkan salam lalu duduk disamping Aishah. Aishah tersipu-sipu malu apabila Rasulullah duduk disisinya dan dia hanya tertunduk. Kemudian wanita-wanita ansar yang berada disitu menghidangkan susu segar kepada Rasulullah.  

gambar hiasan


Lalu Rasulullah meminum susu tersebut, kemudian Rasulullah menghulurkan susu tersebut kepada Aishah. Rasulullah cuba untuk menenteramkan suasana majlis itu, Aishah merasakan suasana disitu agak tegang. Akan tetapi Aishah semakin tunduk dan tersipu malu. Tidak berani Aishah untuk melihat wajah Rasulullah. Lalu Asma’ marah dan diambilnya Aishah dan Asma berkata kepada Aishah;

“Ambillah dari tangan Rasulullah,”kata Asma’ binti Yazid.

Kemudian Aishah mengambil dari tangan Rasulullah dan meminumnya akan tetapi hanya sedikit sahaja. Kemudian Rasulullah berkata kepada Aishah, “berilah kepada saudarimu”. Mereka minum hanya dari satu tempat sahaja.

Sementara Rasulullah menyuruh Aishah untuk memberikan susu tersebut kepada rakan-rakannya, Asma’ berkata;

“wahai Rasulullah, ambil engkau dari tangan Aishah minumlah darinya kemudian baru berikan kepadaku,” kerana Asma’ inginkan barakah dari Rasulullah.

Lalu Rasulullah mengambilnya dari Aishah dan kemudiannya memberikannya kepada Asma’, Asma binti yazid pun meminumnya, “berikanlah kepada mereka” kata Rasulullah kepada Asma’ selepas Asma’ meminum susu tersebut, mereka disini adalah dimaksudkan wanita-wanta ansar yang berada berhampiran Asma’.

“Jangan wahai rasulullah, jangan, kami tidak mahu wahai Rasulullah,” kata wanita-wanita ansar itu.

“jangan kamu gabungkan antara lapar dan dusta” balas Rasulullah s.a.w. akhirnya mereka berasa malu lalu diambilnya susu tadi dan meminumnya. 

lembaran ini pula mengisahkan berkenaan malam pengantin, malam pertama Rasulullah bersama Aishah. Kisah ini di ceritakan oleh Asma’ bt Yazid, dia adalah salah seorang yang menghias Aishah r.anha.

Saturday, May 28, 2011

kahwin dan cinta....

Assalamualaikum,.. dan salam sejahtera...
hari ini aku terlihat akan cerita hindustan dalam tv,.. ak cube membelek lagi, tv2 dan TV3. ape tah tajuk hindustan hari ni, sabtu (28/5/2011), aku tengok sekejap je citer ni., bile ak lihat ak sering memikirkan,..  ape yang biasanye yang ditunjukkan dalam sesebuah cerita yang tersiar dalam sebuah kotak yang menjadi panduan keramaian orang,.. tapi sekarang ianya dah menjadi papan lapis yang menayangkan bermacam-macam, itu dan juga ini.


ape yang ingin dibincangkan adalah, keseluruhan cerita yang ditayangkan dalam sesebuah cerita, tak kiralah melayu, hindustan bollywood, hollywood, sinetron atau sebagainya. 99% menceritakan begitu indahnya bercinta, akan tetapi ianya hanya menceritakan bestnye cinta sebelom kahwin. tapi kebanyakan bile cerita yang dah berkahwin, suami isteri asyik bergaduh sahaja,.. kurangnya tunjuk akan keromantisan sebuah rumah tangga, yang telah ditunjukkan oleh tauladan kita nabi Muhammad s.a.w.

cerita hindustan tadi yang disiarkan oleh TV3 menceritakan berkenaan cinta... akan tetapi tv2 menceritakan keretakan rumah tangga,.. aku bingung.. dalam pemikiranku hanyalah sebuah cinta yang ditanamkan dalam sebuah rumahtangga iaitu selepas perkahwinan adalah lebih membahagiakan berbanding cinta muda mudi,.. yang menyesatkan.. boleh dikatakan cinta muda-mudi ini yang hanya inginkan sebuah cinta akan tetapi tidak mempunyai hasrat untuk membina rumah tangga adalah sebuah kesesatan. kerna dalam islam sendiri tiada istilah kebahagian cinta perlu dipupuk sebelum berkahwin lagi.

Disini ingin memberi sedikit nasihat dan juga teguran untuk pemuda pemudi yang inginkan sebuah percintaan.. yang penting cinta itu adalah untuk mencapai alam perkahwinan.. anda boleh membuat persepakatan antara keluarga si wanita tersebut. berbincanglah seeloknya, dan mestilah berpandukan syariat islam. dalam pelbagai permasalahan, dalam islam ada penyelesaian. tapi dalam mencari penyelesaian kita perlu juga mengetahui akan puncanya. 

bagi ibu bapa pula seringlah mengambil tahu akan keadaan anak mereka, andai anak anda inginkan seseorang janagnlah terus menghalang, kerana sifat inginkan seseorang ini adalah lumrah bagi setiap remaja, akan tetapi ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab disini sebagai orang tua mereka untuk mengetahui akan latar belakang orang yang diinginkannya, dan juga bolehlah berbincang sesama keluarga tersebut bagaimana ingin menghalang antara anak mereka daripada terjerumus dalam kancah kemaksiatan. kadangkala ibu bapa menghalang terus anak mereka daripada menyukai seseorang ataupun bercinta. dalam islam tidaklah melarang akan percintaan ini, akan tetapi ianya perlu dikawal oleh individu yang bergelar ibu bapa atupun saudaranya sendiri. ini adalah untuk mengelakkan daripada mereka melakukan maksiat. setiap kali mereka ingin berjumpa  perlulah disertakan dengan mahramnya yang mencukupi syarat. Dilarang sama sekali membiarkan mereka berdua-duaan tanpa diikuti oleh mahram mereka.

Ingatlah...!! takkan berdua lelaki dan prempuan bukan muhrim melainkan bertiga, anda sendiri tahu siapa yang ke-3...

Perlulah beringat, walaupun cinta itu satu fitrah manusia yang telah dijadikan oleh pencipta kita, kita perlulah melepaskannya atau menggunakannya dengan cukup berhemah,. cinta ini sepatutnya dan yang utamanya kita perlulah melepaskannya kepada Allah pencipta kita, kita Cintai Allah kerna dia sentiasa mencintai kita, dengan memberikan rahmah dan nikmat setiap minit saat dan juga waktu, setiap sedutan nafas yang diberikan adalah nikmatNya. jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur..

pesanan ini adalah untuk diri dan juga pembaca yang dihormati...

Friday, May 27, 2011

lembaran kedua: persiapan hari pernikahan


gambar hiasan


 Rasulullah s,a,w dan Aishah datang ke madinah, ketika itu Aishah sakit selama sebulan, rambut Aishah banyak yang gugur. Dan kemudiannya Aishah sembuh dan rambutnya kembali tumbuh.

Ummu Rumman datang kepada Aishah lalu memanggilnya, ketika itu Aishah sedang bermain dengan sahabat wanitanya. Aishah pun datang menemui ibunya dan ibunya menyambar tangan Aishah lalu membawa  dengan Aishah tergesa-gesa terus ke hadapan pintu rumahnya, dengan keadaan Aishah tidak tahu apa-apapun.setibanya di pintu rumahnya, Aishah tercungap-cungap sehingga seakan-akan nafasnya hilang, Aishah juga berdebar-debar. Lalu ibunya memasukkan kedalam rumah, wanita-wanita ansar telah berkumpul didalam rumah Aishah, dan mereka menyambut Aishah  dengan gembira sambil  berkata;

“semoga engkau berada diatas kebaikan dan barakah, dan semoga engkau berada diatas sebaik-baik ketaatan.” Wanita ansar.

sekadar hiasan


Ummu Rumman menyerahkan Aishah kepada wanita-wanita ansar tadi untuk dihias, mereka membasuh rambut Aishah kemudian menghiasnya untuk Rasulullah. Aishah tidak bertemu dengan Rasulullah dan tidak mengetahui sehinggalah selepas waktu dhuha, mereka menghantar Aishah kepada Rasulullah selepas waktu dhuha. 

Lembaran ini, adalah dari kisah cinta Rasulullah iaitu persiapan hari pernikahan Rasulullah, rasulullah menikahi Aishah ketika Aishah berumur 6 ataupun 7 tahun dan ketika itu berada di Mekah, akan tetapi tinggal serumah dengannya pada umur Aishah 9 tahun.

kisah selepasnya:

Alam perkenalan: berkenalan dengan wanita



Apabila kita hari ini melihat sekeliling kita, kita tak pernah terlepas daripada bergaul dengan perempuan, didalam sekolah, universiti terutamanya, kita hari ni lihat begitu bebas pergaulan antara lelaki dan juga wanita, apakah dibolehkan untuk kita berkenalan dengan wanita @ lelaki?

Pada dasarnya, islam membolehkan seorang lelaki berkenalan atau berta'aruf dengan seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Namun perkenalan itu hendaklah dijalinkan atas landasan taqwa dan mengikut batas-batas Syariat. Ini berdasarkan kepada firman Allah Ta'ala:

(surah al-hujurat,49; ayat 13)

maksudnya: wahai sekelian manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki(adam) dan juga perempuan(hawa),dan kami jadikan kamu berbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia antara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu."

kefahaman daripada ayat diatas, tanpa pergaulan yang sah antara lelaki dan juga perempuan sudah tentu sukar untuk perkahwinan dijalinkan. Apabila proses perkahwinan terhalang, sukarlah untuk manusia membiak sampai wujudnya bangsa dan puak. Perkenalan sesama bangsa dalam ayat diatas sudah semestinya terlepas dari perkenalan sesama jantina. ini kerana jantina adalah kompenen asas dalam sesebuah kaum, puak dan masyarakat serta bangsa. . Akan tetapi, islam melarang perkenalam lelaki dan perempuan yang terlampau bebas sehingga melanggar batasan hukum Allah Ta'ala. kerana malu sepatutnya menjadi pakaian seorang mukmin.

kesimpulannya,perkenalan antara dua jantinaberlainan hanya dibenarkan dalam keadaan dan tujuan tertentu sahaja. perkenalan semacam ini perlulah dikawal dengan syarat tertentu.

sekian....

Thursday, May 26, 2011

kerelaan seorang wali......




Dan kemudiannya Abu Bakar pun pergi menemui Mut’im bin Adi, dan berbicara dengannnya dan mengatakan, “bagaimana pandanganmu berkenaan urusan ini, gadis ini, Aishah ingin dipinang oleh Rasulullah”. Mut’im ibn Adi pun terkejut dan berkata kepada Abu bakar,”tunggu sebentar, aku ingin menanyakan kepada isteriku.” Akhirnya dia tetap menujukan kepada isterinya.

Mut’im pun pergi kepada isterinya dan bertanya kepadanya, akan tetapi isterinya masih berkeinginan untuk menikahkan anaknya dengan anak Abu Bakar. Datanglah isteri Mut’im kepada Abu Bakar dan berkata, “kalau kita nikahkan putrimu dengan anak kami, mungkin putrimu akan memasukkanny kedalam islam.” Itulah harapan isteri Mut’im ibnu Adi. 

Akan tetapi Abu Bakar terus berbicara dan berbincang dengan keluarganya, dan akhirnya mereka merelakan Aishah untuk dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w. 

Begitulah cerita pertama bagaimana Aishah r.anha akhirnya berjaya dipinang oleh Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Khaulah. 

–ini adalah ketika diawal islam, belum ada lagi ayat yang mengharamkan perkahwinan muslim dan yang lain.- 
vvv
click untuk seterusnya
- lembaran kedua: persiapan pernikahan

Wednesday, May 25, 2011

meminang Aishah.....

sambungan dari lembaran awal: meminang Aishah - petanda mimpi



Apabila rasulullah mengetahui bahawa Aishah akan dicalonkan dengan beliau, beliau teringat akan mimpi sebelum itu yang dilihat oleh beliau. Kemudian beliau berkenan untuk bernikah dengan  Aishah, dan juga beliau menikahi Saudah, akan tetapi Saudah lebih awal berbanding Aishah.

Rasulullah memerintahkan Khaulah untuk datang kepada keluarga Aishah. Rasulullah menjadikan Khaulah sebagai perantara antara beliau dan juga keluarga Aishah r.anha.

Maka pergilah Khaulah menemui keluarga Aishah. Orang pertama yang Khaulah temui ialah Ummu Rumman, ibu kepada Aishah. Dating Khaulah kepada Ummu Rumman lalu berkata, “wahai Ummu Rumman, tahukah engkau kebaikan dan barakah yang diberikan Allah kepada engkau.”.

Ummu Rumman kehairanan, dan bertanya kepada Khaulah, “Apakah yang engkau maksudkan akan kebaikan dan barakah itu?”. Dan Khaulah pun memulakan cerita, “Rasulullah ingin meminang Aishah.” Sedangkan khaulah yang mencalonkan Aishah.

“sebentar sebentar, Abu Bakar akan pulang sebentar lagi.” Balas Ummu Rumman kepada Khaulah. Memang itulah apa yang sebenarnya dinanti.

Abu bakar pun pulang, kemudian Khaulah pun bercerita kepada Abu Bakar berkenaan hasrat Rasulullah yang ingin meminang putrinya Aishah. Dan kemudian Abu Bakar pun bertanya dengan hairan, “adakah boleh Aishah menjadi isterinya, sedangkan Aishah itu adalah anak saudaranya?”. Ini adalah disebabkan Abu Bakar menganggap Rasulullah itu sebagai saudaranya, kerana rapatnya hubungan persahabatan anatara Rasulullah dan juga Abu Bakar. Abu Bakar hairan adakah boleh Aishah menjadi isteri kepada saudara sendiri.

Akhirnya Khaulah pun pulang kembali berjumpa kepada Rasulullah dan memberitahu apa yang diperkatakan oleh Abu Bakar Assiddiq. Dan Rasulullah menjawab, “aku saudaranya, dan  dia adalah saudaraku, akan tetapi anaknya boleh bernikah denganku.” Ini adalah kerana beliau adalah saudara seislam, bukan saudara kandung. Lalu Khaulah pun kembali kepada Abu Bakar, dan mengatakan kembali akan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah itu tadi.

Kemudian Abu Bakar meminta Khaulah untuk tungu sebentar ataupun diberi waktu, kerana rupanya pada waktu sebelum itu Abu Bakar telah membuat janji dengan Mut’im bin Adi. Mut’im ibn Adi mempunyai anak lelaki, dan pernah menjanjikan kepada Aishah akan menikahkan anaknya dengan anaknya. Ini adalah penghalang pertama dalam percintaan Rasulullah dan Aishah.
vvv
click dibawah untuk baca lagi

Tuesday, May 24, 2011

lembaran pertama: disaat meminang Siti Aishah




Pada tahun itu Rasulullah kehilangan Khadijah, dan Rasulullah amat mencintai Khadijah. Dan pada tahun kematiannya itu disebut sebagai tahun yang menyedihkan, kerana beliau kehilangan seorang isteri yang tersayang, dan juga wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah, serta bersama-sama berjuang dijalan Allah. Wanita pertama yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk Rasulullah, demi mempertahankan agama Islam dalam perjuangan Rasulullah.

Dan datang Khaulah kepada Rasulullah s.a.w bertanyakan “wahai Rasulullah, kenapa kau tidak bernikah?”.

“dengan siapakah aku akan bernikah, jikalau aku hendak bernikah?.” Soal Rasulullah s.a.w kembali kepada Khaulah.

“jika engkau hendak ya Rasulullah, engkau boleh menikahi gadis dan engkau juga boleh menikahi janda.” Jawab khaulah. “siapa yang tidak mahu akan engkau ya Rasulullah?.” sambungnya.

”siapakah gadis itu, dan siapakah janda yang engkau maksudkan?” soal nabi.

Khaulah menjawab, “ada yang gadis, Aishah puteri orang yang engkau paling cintai,” iaitu puteri Abu Bakar As-siddiq. “dan yang janda, Saudah binti zum’ah, sesungguhnya dia telah beriman dan mengikutimu ya Rasulullah.” Sambung Khaulah. Kemudian Rasulullah s.a.w redho dan menerima pilihan Khaulah.

lembaran ini menceritakan berkenaan penerangan khitbah, menceritakan bagaimana rasulullah meminang Aishah. Diriwayatkan oleh imam Hakim dalam kitab almustadrab dan lain-lainnya, desetujui oleh imam aldahri, setuju oleh ahmad syakir.

sambungan dari:
  1. tanda-tanda hadirnya kekasih  
             vvv
klik untuk seterusnya
-halangan dalam meminang Aishah

ALLAH SURUH MENCARI REZEKI

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman dalam soal rezeki:
" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam:
" Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a)
Allah dalam hadis Qudsi diatas berfirman kepada para malaikat-Nya yang diserahi untuk memberi rezeki anak-anak adam sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan yang di emban oleh para malaikat itu itu :

Hamba- Ku yang manapun baik lelaki mahupun perempuan, yang kalian dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidup hanya satu sahaja iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga amal perbuatannya, solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya, semata-mata kerana Aku, maka jaminlah rezekinya orang itu secara pasti, rezeki yang ada di langit dan dibumi. Bukanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.
Di tangan Allah-lah, tanggungan rezeki semua hamba-Nya ( manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau makhluk yang lainnya) yang hidup di langit dan di bumi. Allah-lah yang menanggung rezeki semua hambanya. Dan Dialah pula yang menentukan-Nya ( ada yang diberi banyak, sederhana dan yang sedikit), hal itu bergantung kepada kehendak Allah. Perhatikanlah firman Allah dibawah ini:
Surah Al-Ankabut ayat 60
"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Ankabut ayat 62
" Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Saba' ayat 24
" Katakanlah, " Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah, dan (apakah) sesungguhnya kami atau kamu di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata."
Surah Faathir ayat 3
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka betapa kamu bisa dipalingkan?"
Manusia mesti berusaha mencari rezeki
Sekalipun urusan rezeki itu di tangan Allah. Allah-lah yang mengaturkanya: namun kita sebagai hamba Allah diwajibkan untuk berusaha untuk mencarinya, dangan cara berdagang, bernelayan, bercucuk tanam, berkerja dan sebagainya. Kita tidak boleh berpangku tangan tanpa berusaha hanya mengharapkan kurniaan Allah ( turunnya rezeki ) dari langit.
Sesudah kita melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar dalam mencari rezeki ( kurnia Allah ) yang di gelar di muka bumi, maka hendaklah kita hendaklah berdoa, berzikir (sebagai amalan batiniah ) kehadrat Allah swt, agar kita dikurniakan oleh-Nya rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang dapat mengantarkan amal ibadat kita. Insya Allah.

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Amalkan surah :

Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27
amalkan juga Asma'ul Husna

Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan

Nak tambah sikit....

"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku

dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"