بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"

"بسم الله الرحمن الرحيم "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang menciptakan langit dan juga bumi, tuhan yang melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta yang memberikan rezki, memberikan keredhaan dan yang menjadikan segala rupa makhluk.

Pages

Saturday, May 21, 2011

kelahiran seorang khalifah (part 5)- final part


“Wahai Fatimah, adakah kamu setuju dengan kata-kata suami kamu itu?” Tanya Abdul Uzza pula.

“Muhammad lelaki yang baik. Dia digelar al-Amin . alangkah bertuahnya siapa yang menjadi isterinya,” jawab Fatimah.

“tetapi dia lelaki miskin. Menumpang hidup dirumah kamu. Layakkah dia menikahi anak kamu?” Tanya Abdul Uzza lagi yang sememangnya kurang senang dengan Muhammad kerana sering mendapat pujian orang ramai.

“Muhammad itu anak Abdullah, saudara kandung kita. Dia menjadi cucu kesayangan ayah kita Abdul Mutalib. Saya mengenggap dia seperti anak sendiri. Kerana itu jangan kamu menghina dia,” bela Abu Talib pula.

Abdul Uzza memang terkenal sebagai orang yang kaya tetapi sombong dank eras hati. Sikapnya berbeza dengan Abu Talib walaupun mereka adik beradik.

“Aku pun saying kepada Muhammad. Buktinya, semasa dia dilahirkan dahulu aku bebaskan seorang hamba perempuan aku supaya dia dapat menyusukan Muhammad. Aku juga turut memanggilnya al-Amin kerana dia tidak pernah bercakap bohong. Cuma satu sahaja yang aku kurang senang kerana dia tidak mahu menyembah tuhan-tuhan kita,” kata Abdul Uzza pula sambil mengatakan sekiranya Muhammad turut menyembah berhala, kaum Quraisy tentu lebih menyayanginya.

Muhammad Cuma berdiam diri sahaja. Dia tidak mahu majlis makan itu menjadi kecoh. Tidak lama kemudian dia beredar dari situ.

Selepas beberapa bulan berlalu, pada suatu pagi Fatimah merasakan kandungannya sudah sampai masanya bagi bersalin. Dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya. Abu Talib segera menjemput bidan bagi menyambut kelahiran anaknya. Menjelang tengah hari, Fatimah selamat melahirkan.

“Wahai Abu Talib, bergembiralah kerana tuan mendapat anak lelaki yang comel dan sihat,” beritahu mak bidan.

Abu Talib segera masuk kedalam bilik bagi melihat Fatimah dan bayi yang baru dilahirkannya. Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Syukur kepada tuhan kerana memberikan kita anak lelaki. Saya namakan anak kita ini Haidarah. Semoga bila besar kelak menjadi pahlawan.”

Sambil tersenyum Abu Talib menoleh kearah Muhammad yang turut berada disitu lalu berkata, ”Walaupun anakku ini lelaki dia tetap saudara kamu. Kerana itu sayangi dia sebagaimana saya menyayangi kamu.”

“Baiklah pakcik, dan saya akan memanggilnya Ali,” ujar Muhammad pula.

Sejak hari itu Muhammad lebih rapat dengan Ali berbanding adik-beradiknya yang lain.

Ali bin Abi Talib, adalah kunci kepada pintu ilmu, seperti yang terdapat pada hadith nabi,.. ini adalah antara permulaan beliau, bagaimana beliau lahir.. disinilah kita perlu menyakini bahawa Allah lah tuhan yang memberikan bantuan kepada hambanya,.. Allah itu Maha Penyayang...

--- dipetik dari PTS publication ---

Thursday, May 19, 2011

keharusan kepada orang mukmin......





Sabda Rasulullah SAW : “Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (macam), yaitu sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang dimanfaatkan, atu anak shaleh yang mendoakannya.[HR Muslim]
Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Dialah yang akan menggantinya. Dan Dia-lah sebaik-baik Pemberi rezki” [Saba : 39]
Rasulullah saw bersabda, "Shadaqah merupakan bukti (keimanan)." [HR.Muslim]
Sabda Rasulullah saw: "Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun 2 malaikat yang salah satunya berdoa, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan, dan yang satu lagi mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil kebinasaan (hartanya)." [Muttafaq 'alaihi]

Sang pengembala kambing dan mubaligh kristian



Pada hari ini mutiara iman ingin bercerita, cerita ini amatlah menarik dan mempunyai pengajarannya yang tersendiri, terasa begitu teringin bercerita,..

Terdapat sebuah kampung yang terdapat didalamnya ramai para ulama’ iaitu mereka yang memiliki ilmu dan terpelajar. Kampung ini hanyalah sebuah kampung yang kecil dan kehidupannya seperti biasa sahaja.

Bermulanya kisah apabila terdapat seorang mubaligh kristian ini yang mengetahui sebuah kampung yang mepunyai ramai ulama’, dan mubaligh ini ingin mencabar para ulama’ yang berada didalam kampung itu untuk berdebat dengannya. Bermulalah apabila mubaligh ini mula memasuki kampung tersebut. Bermulalah dia mencabar penduduk disitu untuk bersemuka dan berdebat dengannya. Mubaligh itu memberikan tempoh selama 3 hari untuk mereka tampil menerima cabarannya itu.

Pada hari yang pertama, tiada seorang pun ulama yang berada dalam kampung tersebut tampil menerima cabaran itu. Mubaligh itu menunggu lagi pada hari kedua, namun tiada lagi yangtampil menerima cabaran tersebut.

Pada hari yang terakhir mubaligh itu menunggu, namun tiada juga yang berani tampil sehinggalah terdapat seorang tampil dan berani untuk menyahut cabaran mubaligh itu. Bila ditanya siapakah lelaki yang berani menyahut cabarannya itu, lelaki itu menjawab dia hanyalah seorang pengembala. Apabila telah ada yang menyahut cabaran mubaligh itu, perdebatan akan berlangsung pada keesokan harinya.



Pada keesokan harinya, kesemua penduduk dan juga para penyokong mubaligh tersebut berkumpul di sebuah dewan, untuk memulakan perdebatan tersebut. Maka apabila kesemua mereka telah berada di tempat masing-masing, perdebatan pun dimulakan.

Soalan pertama dimulakan oleh mubaligh tersebut. Soalan itu bukanlah berbentuk perkataan, akan tetapi mubaligh kristian itu menunjukkan satu jari kepada pengembala kambing tersebut. Dengan pantasnya pengembala tersebut membalas dengan mengangkat dua jarinya.

Tindakan kdua mubaligh tersebut pula ialah dengan menunjukkan kelima-lima jari tangan kanannya. Pengembala itu dengan senyuman membalas dengan menunjukkan enam jarinya terbuka. Para penonton yang berada disekeliling berasa amat hairan dan terpegun.

Dan untuk akhirnya mubaligh itu mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk membuat isyarat bulatan. Dan secara terus pengembala itu mengangkat tangannya yang digenggam bersama ekspresi muka yang marah. Dan seterusnya mubaligh tersebut mengaku kalah dan perdebatan itu tamat disitu.

Selepas itu, beberapa penonton pergi ke mubaligh itu untuk bertanya. “apakah yang persoalkan tadi wahai mubaligh?, soal seorang penonton.

Mubaligh itu menjawab,”aku mengangkat satu jariku, aku berkata islam hanya perlu pegang dengan satu perkara sahaja, iaitu rukun islam”, mubaligh itu menyambung,”akan tetapi pengembala itu menjawab tidak dengan mengatakan ada dua perkara yang perlu dipegang ianya adalah rukun islam dan rukun iman.”

Seterusnya “aku menyambung hanya ada 5 perkara sahaja yang perlu umat islam percaya dan lakukan, akan tetapi pengembala itu membalas, ada lagi enam perkara yang umat islam perlu percaya.” Sambung mubaligh tersebut.

Untuk yang terakhirnya, mubaligh tersebut menyambung,”aku berkata aku akan merosakkan semua umat islam dengan menunjukkan kedu tanganku, akan tetapi pengembara itu menjawab akan menentang aku bermati-matian dan akan mempertahankan umat islam. Dan akhirnya aku menyerah kalah apabila dia akan menentang aku.”

Beberapa orang juga pergi kepada pengembala tersebut dan bertanyakan apakah yang dilakukan oleh beliau tadi. Dengan itu pengembala itu menjawab, “ape yang aku ketahui, mubaligh tersebut menunjukkan jari untuk meminta seekor kambing dariku, jadi aku menjawab, akamu ambil dua pun taka apa. Dan dia bertanya lagi kalau dia ambil lima ekor, aku jawab enam ekor aku boleh beri.”

Tambahnya lagi.”dan yang terakhir dia mahu ambil kesemua kambingku, aku tidak benarkan kalau dia ambil kesemua kambingku aku nak makan apa?” itulah jawapan yang diberikan oleh pengembala itu. Dan beberapa yang bertanya itu terpegun dan teruja…

begitulah ceritanya, iktibar yang kita boleh ambil ialah ramainya orang yang berilmu namun tidak berani tampil memberikan kebenaran, dan disini menunjukkan bahawa islam boleh menang oleh sesiapa pun. apabila kita berani menyahut cabaran dan berada dijalan Allah yang benar, hatinya akan dituntun oleh Allah, perbuatannya dibantu oleh Allah. Saudara yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita, balaslah cintanya dengan kita melakukan perintahnya...

sekian.......

Sunday, May 15, 2011

kelahiran seorang khalifah (part 4)

part 1 part 2 part 3 part4 part 5


Akhirnya Fatimahbersetuju dengan permintaan Muhammad. Apabila sampai didepan berhala Hubal maka dia pun mengucapkan kata-kata yang diajar oleh Muhammad. Beberapa orang yang berada di situ memarahai Fatimah kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan pada Hubal.

“kamu pasti ditimpa bala kerana mengucapkan kata-kata itu di hadapan Hubal,” marah Abdul Uzza.

Fatimah tidak menghiraukannya lalu menyuruh pembantunya menyembelih unta itu sebagai korban untuk Hubal. Selepas berdoa, Fatimah segera pulang ke rumah. Dia mengadukan perkara itu kepada suaminya.

“Apa yang menyebabkan kamu sanggup mengucapkan kata-kata itu dihadapan Hubal,” Tanya Abu Talib.

“kerana saya sayang kepada Muhammad. Tambahan pula saya sudah berjanji mahu menunaikan apa sahaja permintaannya. Saya lebih takut Muhammad menuduh saya memungkiri janji daripada mengucapkan kata-kata itu dihadapan Hubal,” jawab Fatimah.

Kemudian katanya lagi,”Kia dikurniakan dengan lima orang cahaya mata iaitu Talib, Aqil, Jaafar, Ummu Hani, dan Jumamah. Saya berdoa semoga kita dikurniakan seorang  lagi putera yang kelakuannya baik seperti Muhammad. Saya yakin doa saya akan dimakbulkan.”

“bagaimana sekiranya Hubal marah dengan kata-katamu itu lalu ditimpakannya bala ke atas kamu?” Tanya Abu Talib pula.

“Muhammad menyakinkan saya yang Hubal tidak mampu berbuat apa-apa kepada saya. Saya yakin dengan apa yang diucapkan oleh Mhuammad,” jawab Fatimah.

“kakanda pun harap begitu.” Abu Talib tidak lagi menunjukkan rasa marah kepada isterinya.

Empat bulan sudah berlalu, tidak ada apa-apa perkara yang buruk berlku kepada Fatimah. Malah berlaku perkara yang menggembirakan hatinya. Tiba-tiba dia merasakan dirinya mengandung. Dengan perasaan yang gembira Fatimah emaklumkan perkara itu pada suaminya.

“Wahai suamiku, doa kita dimakbulkan tuhan. Sesungguhnya saya mengandung. Saya berharap mendapat anak lelaki yang baik paras rupanya dan elok kelakuannya seperti Muhammad,” kata Fatimah dengan gembira.

Abu Talib juga gembira apabila mendengar kata-kata isterinya. Sebagai tanda kesyukuran dia mengadakan majlis jamuan makan malam. Semu keluarga terdekat dijemput hadir. Muhammad turut berada dalam majlis itu. Abu Talib mengumumkan kepada para tetamunya yang Fatimah sedang mengandung.

“Wahai Abu Talib, kamu sudah mempunyai dua anak perempuan. Sekiranya bayi yang lahir nanti perempuan maka saya cadangkan kamu menanamnya hidup-hidup. Semoga Hubal, al-Latta, dan al-Uzza merahmati kamu,” kata Abdul Uzza atau Abu Lahab.

Abu Talib nampak kurang senang mendengar kata-kata yang diucapkan oleh adiknya itu. Dia diantara orang quraisy yang tidak mahu menanam anak perempuan hidup-hidup. Jadi apabila Ummu Hani dan Jumamah lahir terus dipeliharanya dengan kasih saying.

“Wahai bapa saudaraku, saya ada cadangan yang lebih baik daripada itu,” kata Muhammad pula.

“Apa cadangan kamu wahai Muhammad?” Tanya Abu Talib.

“sekiranya bayi yang dilahirkan itu nanti adalah perempuan maka saya hendak menjadikannya isteri saya,” jawab Muhammad.

Abu Talib kelihatan tersenyum mendengar kata-kata itu lalu berkata,”Wahai Muhammad, cadangan kamu itu lebih baik dari cadangan Abdul Uzza.

Saya bersetuju dengan cadangan kamu itu. Sekiranya anak yang dilahirkan nanti perempuan, saya tidak akan membunuhnya tetapi memeliharanya dengan baik supaya bila besar nanti boleh menjadi isteri kamu.”............

to be continued........


part 1 part 2 part 3 part 4 part 5

Wednesday, May 11, 2011

pesanan Imam Ghazali...





Imam Ghazali:
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah


Imam Ghazali: Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun


Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Tuesday, May 10, 2011

pergaulan lelaki dan wanita (ikhtilat)

memang tak dapat dinafikan apabila realiti pada ketika ini pergaulan antara lelaki dan perempuan sudah jauh menyimpang dari landasan syariat yang telah ditetapkan. fenomena yang berlaku tanpa kawalan telah memberikan kesan yang besar sehingga terjadinya perzinaan dan begitu mudahnya berlaku kerosakan dalam intitusi kekeluargaan. bencana yang besar pula berlaku disebabkan hilangnya pertimbangan akal yang tidak waras sehingga berlakunya kes-kes pembuangan bayi.


Namun pada hari ini ikhtilat tak dipandang sebagai punca yang boleh mencacatkan seorang yang beragama, ia macam dah jadi satu perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, tak dinafikan hidup berpasang-pasangan adalah satu fitrah kehidupan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada seluruh alam ini, bukan setakat manusia sahaja, bahkan binatang juga dijadikan berpasang-pasangan. namun syariat adalah perkara asas yang membezakan manusia dan juga binatang
Ini bukanlah bermakna lelaki dan perempuan tidak boleh bercampur antara satu sama lain, akan tetapi ianya dikawal oleh batasan-batasan syariat.
suasana dan keadaan kita sekarang dapat dilihat tidak dapat lari dari pergaulan antara lelaki dan juga perempuan terutamanya mereka yang bergiat aktif dalam mana-mana persatuan. jadi, macamana kita nak menghalang perkara ini dari berlaku? adakah kita perlu kita halang percampuran tersebut, lalu kita membubarkan persatuan itu? memangtak dapat dielakkan tugas didalam sesebuah persatuan memerlukan pergaulan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. namun batas-batas syariat perlulah dijaga dan diawasi dan jangan mudah tertewas dengan bisikan SYAITAN dan juga dorongan nafsu.

Islam melalui sunnah Rasulullah S.A.W telah menetapkan adab-adab yang baik yang perlu diamalkan oleh lelaki dan wanita ketika berlakunya percampuran antara mereka, antaranya wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat sebagaimana firman Allah Taala:
Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu”.

Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.

Firmah Allah Taala:

Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.

penjagaan akhlak-akhlak dan syariat islam tidaklah hanya dijalankan oleh sebelah pihak sahaja, dalam isu pergaulan ini, ianya perlulah dijaga oleh kedua-dua belah pihak, lelaki dan juga perempuan, disebabkan kedua-duanya adalah memainkan peranan yang penting disebabkan tidak akan berlakunya 'ikhtilat' ini tanpa ada dua belah pihak.

Tambahan pula, keadaan sekarang yang membolehkan ikhtilat berlaku di mana-mana sahaja, tidak cukup di cyber-cyber café dengan berchating sehingga ke dalam rumah, juga perbualan melalui handset dan sms. Perkara sebegini seharusnya diambil berat oleh kita selaku umat islam yang mulia disisi ALLAH.
Didalam islam telah menyediakan segala jalan penyelesaian yang  mudah dan memerlukan kerjasama dari semua umat islam untuk mengamalkannya, isu ini perlu diambil berat kerana pergaulan inilah yang membuka pintu untuk kearah bibit-bibit penzinaan. sebagai umat islam kita hendaklah sering merujuk kepada syariat islam dan jangan mudah diperdaya oleh golongan-golongan yang jahil dan golongan yang cuba untuk menghancurkan umat islam itu sendiri.

disunting dan dipetik dari hanan

kelahiran seorang khalifah (part 3)

part 1 part 2 part 3 part 4 part 5



........"Wahai Muhammad, walaupun ibu tidak melahirkan kamu tetapi ibu menyayangi kamu dengan sepenuh hati. Pernahkah selama ini ibu menolak permintaan kamu?" tanya Fatimah pula.

"Wahai ibu, sekiranya saya berkata, di sebalik bukit sana ada musuh yang hendak menyerang kita. Adakah ibu percaya?" Muhammad seperti berteka-teki dengan Fatimah.

"Bukan ibu sahaja yang percaya malah seluru penduduk Mekah percaya kerana kamu tidak pernah bercakap bohong. Hanya kamu seorang yang mendapat gelaran Al-amin," kata Fatiah pula.

"Wahai ibu, sesungguhnya terdapat tuhan lain yang sepatutmnya disembah selain Hubal. Dia tuhan yang menjadikan alam ini." Muhammad berusaha menyakinkan Ftimah.

"Wahai Mhammad, ibu percaya denan kata-kata kamu itu. akan tetapi tidak berani untuk mengubahnya kerana nenek moyang kita sejak dahulu menyembah Hubal dan tuhan-tuhan yang terdapat dikeliling Kaabah. Abu Talib, suami ibu dan bapa saudara kamu juga menyembahnya," tegas Fatimah sambil menyatakan dia akan terus menyembah Hubal, al-Latta dan al-Uzza.

"Wahai ibu, saya tidak memaksa ibu mengikut kata-kata saya. Tetapi bukankah ibu sudah berjanji hendak menunaikan permintaan saya?"

"Katakanlah wahai Muhammad, apa permintaan kamu?"

"Apabila ibu sampai di depan berhala Hubal maka berdirilah lalu ucapkan kata-kata ini. aku tidak mngaku Hubal sebagai tuhan. Aku beriman kepada Allah dan tiada sekutunya bagi-Nya."

"Wahai Muhammad, ibu tidak pernah mengucapkan kata-kata seperti itu di depan Hubal. Ibu bimbang ditimpa bala."

"Wahai ibu, yakinlah dengan kata-kata saya ini. Sesungguhnya berhala Hubal tidak dapat melakukan apa-apa kepada ibu.".............

to be continue.......

part1 part 2 part 3 part 4 part 5

ALLAH SURUH MENCARI REZEKI

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman dalam soal rezeki:
" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam:
" Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na'im dari Abu Hurairah r.a)
Allah dalam hadis Qudsi diatas berfirman kepada para malaikat-Nya yang diserahi untuk memberi rezeki anak-anak adam sebagai pedoman kerja dan tugas pelaksanaan yang di emban oleh para malaikat itu itu :

Hamba- Ku yang manapun baik lelaki mahupun perempuan, yang kalian dapati mempunyai tujuan dan cita-cita hidup hanya satu sahaja iaitu menghambakan diri kepada-Ku sehingga amal perbuatannya, solatnya, ibadahnya, hidup dan matinya, semata-mata kerana Aku, maka jaminlah rezekinya orang itu secara pasti, rezeki yang ada di langit dan dibumi. Bukanlah jalan yang mudah untuk mendapatkannya.
Di tangan Allah-lah, tanggungan rezeki semua hamba-Nya ( manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau makhluk yang lainnya) yang hidup di langit dan di bumi. Allah-lah yang menanggung rezeki semua hambanya. Dan Dialah pula yang menentukan-Nya ( ada yang diberi banyak, sederhana dan yang sedikit), hal itu bergantung kepada kehendak Allah. Perhatikanlah firman Allah dibawah ini:
Surah Al-Ankabut ayat 60
"Dan berapa banyak binatang yang tidak menanggung rezeki-Nya, Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya ( kepada binatang ) dan kepadamu ( para manusia ), dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Ankabut ayat 62
" Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Saba' ayat 24
" Katakanlah, " Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah, dan (apakah) sesungguhnya kami atau kamu di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata."
Surah Faathir ayat 3
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia, maka betapa kamu bisa dipalingkan?"
Manusia mesti berusaha mencari rezeki
Sekalipun urusan rezeki itu di tangan Allah. Allah-lah yang mengaturkanya: namun kita sebagai hamba Allah diwajibkan untuk berusaha untuk mencarinya, dangan cara berdagang, bernelayan, bercucuk tanam, berkerja dan sebagainya. Kita tidak boleh berpangku tangan tanpa berusaha hanya mengharapkan kurniaan Allah ( turunnya rezeki ) dari langit.
Sesudah kita melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar dalam mencari rezeki ( kurnia Allah ) yang di gelar di muka bumi, maka hendaklah kita hendaklah berdoa, berzikir (sebagai amalan batiniah ) kehadrat Allah swt, agar kita dikurniakan oleh-Nya rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang dapat mengantarkan amal ibadat kita. Insya Allah.

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Amalkan surah :

Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27
amalkan juga Asma'ul Husna

Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan

Nak tambah sikit....

"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku

dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"